U Mobile Imbasan Musim Liga MPL Minggu 5

Selamat kembali dalam kupasan mingguan musim 3 MPL-MY/SG. Sangat teruja untuk memulakan minggu ke-5 dengan beberapa game menarik diantara juara bertahan dan pasukan terkuat bersaing sengit melawan pasukan kecil. Sepanjang beberapa minggu musim regular, kita dapat melihat pasukan yang paling kuat dan menyerlah adalah NARA, satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod paling sempurna, dengan memenangi setiap game minggu ini. Selain itu, pasukan kegemaran Malaysia, Bosskur bersungguh untuk naik dalam kedudukan liga untuk layak playoff dengan menang dalam minggu ini.

Hari Pertama
XPAX X-ASSINS vs Reborn (1-2)

 

Pada perlawanan minggu lepas, kita menyaksikan juara bertahan musim ke 2, Reborn menang keatas pasukan baru XPAX X-ASSINS. Dalam game 1 XPX bermain dengan baik di awal permainan. XPS lebih fokus kepada objektif dan mempunyai pemain yang bagus iaitu Smooth Lenox dan Arab Chou. Permainan sengit antara XPX dan Reborn apabila pasukan kerdil ini menang dalam game pertama. Walaubagaimanapun, ianya tidak bertahan lama apabila Reborn menunjukkan kekuatan sebenar dan menang 2 game yang seterusnya. Akhrinya XPS hilang momentum kerana tidak mengeluarkan output damage yang cukup dan akhirnya tewas.

Bigetron SG vs Resurgence (2-1)

 

Penutup hari pertama, dengan juara musim pertama menundukkan Resurgence dalam pertarungan sengit 2-1. Kedua pasukan bermain dengan seimbang. tetapi Mr Ivy dari Bigetron membuat pilihan luar biasa dengan memilih Estes yang mana sangat penting untuk kekalkan nyawa rakan pasukan. Mereka bermain dengan agresif, dan menggunakan wira mereka sebaik mungkin sebelum menang ke atas Resurgence. Di game kedua, pergerakan permainan lebih kepada mara dan pulang. Bigetron mendapat kelebihan dan mampu menghabiskan permainan lebih awal. Namun Resurgence berjaya mencuri mata dari kesilapan Bigetron SG melalui LuN dan Xian. Kedua mereka mendapat maniac dalam game ini! Walaupun menunjukkan aksi menarik, Resurgence gagal untuk kekalkan momentum mereka dan kesilapan dalam teamfight menghukum mereka dengan kekalahan.

Hari Kedua
Mysterious Assassin vs Geek Fam (1-2)

 
Dalam game ini, pasukan terkuat Malaysia, Geek Fam memulakan minggu dengan perlahan dan tewas di game pertama bertemu MYA. pertemuan Geek Fam dengan MYA sangat sengit dengan MYA bermaij demi maruah mereka kerana mereka sudah tidak layak untuk playoff. MYA mendapat kelebihan awal dengan emas dan output damage Lmao Lunox dan kucing gebu leomord berhasil untuk menang digame pertama.

Bagaimanapun, di dua game seterusnya sekali lagi bermain secara bertahan dan tewas dalam kebanyakan teamfight dan tewas berturut dengan Geek Fam melupakan prestasi game pertama dengan mengeluarkan draf dan clearance yang lebih baik. Game kedua dan ketiga sangat mudah untuk Geek Fam yang mengekalkan kedudukan mereka diatas liga.

Bosskur Gaming vs ICON (2-0)

 

Pasukan kegemaran Malaysia, Bosskur Gaming memulakan siri ini dengan cemerlang, kemenangan keatas pendahulu liga Geek Fam seperti memberi semangat. Mereka bermain dengan penuh strategi dan memenangi kembali hati peminat mereka kapten Bosskur, Fredo bermain Chou dengan baik dengan output damage dan crowd control. ICON yang memulakan musim ini dengan baik mula goyah dan kekalahan 2-0 ini hampir melenyapkan impian mereka untuk bermain di playoff. Dalam siri kedua, Gusion mendapat 3 mata penting untuk menghidupkan peluang mereka dalam pertandingan.

Resurgence vs NARA Esport SG (1-2)

 

NARA memulakan minggu ini dengan tekanan penuh keatas Resurgence. Menang awal dengan bergaya. permainan berlangsung selama 18 minit apabila Resurgence terlebih dahulu mengamuk keatas musuh mereka tetapi game akhir permainan oleh NARA Eric yang memainkan Claude memusingkan permainan dan membuat comeback untuk NARA. Walaubagaimanapun siri seterusnya lebih sengit apabila Fenrir dilihat menggunakan Harith namun tiada apa-apa untuk menghadapi damage besar dan satu strategi yang bagus dari Resurgence. LuN yang bermain Leomord berkali-kali mendapat legendary dan membantu Resurgence untuk menang. Bagaimanapun pasukan Singapura bukan pasukan mudah untuk ditumbangkan dengan strategi mereka yang playsafe untuk mengelakkan kesilapan mudah dan akhirnya naik sebagai pendahulu liga.

Hari ketiga
Reborn vs ICON (2-0)

 

Juara bertahan Reborn menundukkan ICON dengan skor 2-0. ICON sekali lagi bermain secara bertahan dan tewas dalam kebanyakan teamfight. Strategi yang baik oleh Reborn dengan mudah membunuh Lord dan mara dengan tenang memasuki kubu ICON. Silo bermain Helcurt, kebal untuk mengubah takdir teamfight dan berjaya menewaskan ICON. Komunikasi permainan yang bagus akhirnya berbuah hasil dengan strategi game yang menarik. Game kedua lebih menarik apabila ICON terlebih dahulu bermain dengan agresif. Kuja dari ICON bermain Chou membuat pecahan berasingan dan akhirnya berjaya mengawal permainan diawal game. Namun barang pertahanan Reborn kebal untuk ditembusi. Perlawanan berlanjutan selama 23 minit itu berakhir apabila satu kesilapan dari ICON dalam teamfight dan seterusnya membolehkan Reborn menang game kedua.

NARA Esport SG vs Evos Esport SG (2-0)

 

Perlawanan yang paling dinantikan untuk musim ini dimulakan dengan emosi permusuhan dan dendam dari NARA diakhiri dengan kemenangan 2-0 keatas Evos Esport SG. Perlawanan antara dua pasukan ini sangat agresif dengan NARA mendahului dengan agresif ditambah dengan pusingan permainan dan tolakan berasingan yang berterusan. Grock dengan Bloodlust Axe dan meteor Rose Gold memberi penyumbang damage walaupun beliau adalah tanky. Evos cuba bangkit di game ke 2 namun NARA menepis usaha mereka dan menang dua game berturut dalam siri kali ini. Kawalan peta dan fokus pada objektif NARA mendominasi game. Kimmy dimainkan oleh Eric dari NARA dihujung permainan mendapat maniac seterusnya pasukan mereka menang.

Itu sahaja kupasan mingguan untuk minggu ke 5 MP-MY/SG. Ketahui lebih lanjut tentang pasukan pilihan anda dan jangan lupa untuk menyaksikan semua perlawanan MPL secara langsung di Facebook Mobile Legend: Bang Bang. Kita sudah memasuki separuh kedua musim Liga, mampukah pasukan Singapura NARA Esport SG untuk terus mendominasi kemenangan mereka atau pasukan malaysia membuat kejutan di separuh kedua musim Liga. Mampukah pasukan pilihan, Bosskur layak masuk playoff? Teruskan bersama kami untuk aksi minggu hadapan!