U Mobile Imbasan Musim Liga MPL Minggu 4

Selamat kembali dalam imbasan mingguan MPL-MY/SG Musim 3. Sepanjang beberapa minggu dalam musim liga, kita dapat lihat pasukan yang terkuat adalah dari Singapura iaitu EVOS Esports SG, NARA Esports SG dan Bigetron SG. Mereka tiada rekod sempurna, kalah beberapa permainan, membuat silap mudah dan faktor-faktor lain, namun prestasi yang hebat dan mampu untuk terus menang.

Pertamanya, kedudukan terkini!

Hari Pertama
Geek Fam vs Reborn (2-0)

 

Pada permulaan minggu ini, Geek Fam bermain dengan hebat bertemu Reborn, dengan menang selesa 2-0. Reborn dihentam dengan teruk, kalah pada game 1 atas alasan tidak mampu memberi tekanan pada peta, tiada wira sandaran dan objektif perlawanan. Dominus bermain Kimmy dalam game pertama sangat sukar dihadapi kerana damage output yang cepat dalam teamfights dan tumbangkan menara. Reborn cuba melawan dalam game 2, walaupun mendahului awal namun itu masih tidak cukup kerana Xorn dari Geek Fam bermain Chou, dan ditambah pertolongan Tanker, Gatot Kaca yang dimain oleh 2ez4Jepv bermain dengan konsisten dan akhirnya menewaskan Reborn.

EVOS Esport SG vs XPAX X-ASSINS (1-2)

 
Hari pertama dalam minggu terakhir, Evos bermain agak cuai, banyak kesilapan dan melakukan keputusan yang teruk dalam teamfights, yang dimana memberi XPAX X-ASSINS mendahului permainan. Dalam game 1, EVOS sememangnya mendahului dengan skor 1-0, tapi mereka tidak mampu menhabiskan dalam game 2 dan membuat kesilapan mudah. Malangnya, nasib tidak menyebelahi EVOS. dalam game 2 dan 3, XPAX X-ASSINS yang merupakan pasukan kecil mengawal dan terus menyerang. Gusion, dimainkan oleh Nami menjadi pembunuh yang kejam dalam permainan. EVOS diberi tekanan oleh Gusion, dan lemah dalam tekanan, akhirnya tewas game 2. Dalam game akhir 3, kedua pasukan sangat sengit tanpa mengalah dan mengeluarkan semua helah untuk menang. Namun, XPAX X-ASSINS yang bermain hebat mendominasi permainan menewaskan pendahulu liga, EVOS.

Hari Kedua
Resurgence vs ICON (1-2)

 
Perlawanan kedua antara penghuni bawah liga menyaksikan Resurgence tewas dalam pertarungan, selepas berhempas pulas 3 games menentang ICON. walaupun Resurgence cuba memberi tekanan dalam game 1, ICON menumbangkan skuad kurang berprestasi dari Singapura dengan 2-1. Perlawanan yang sengit dengan kedua-dua pasukan menunjukkan aksi skil mereka, namun hanya kerana kurang kerja berpasukan Reborn, yang jelas dilihat dalam game 3 dimana pasukan berpecah dan cuai ini membolehkan Kimmy dimainkan oleh Unta untuk mendapat kelebihan dan menghasilkan damange yang tinggi untuk menang ke atas ICON.

Geek Fam vs Bosskur (1-2)

 
Perlawanan antara Geek Fam dengan Bosskur dalam aksi atasan liga juga sengit, dengan Bosskur menang dengan bergaya. Amat mengejutkan apabila pasukan kegemaran Bosskur kembali mendapatkan kepercayaan dan keyakinan peminat mereka dengan menang ke atas pasukan berprestasi terbaik Malaysia iaitu Geek Fam dengan 2-1. Kita menjangkakan kemenangan mudah oleh Geek Fam namun semangat Bosskur kembali dan tidak mengalah untuk menang dalam perlawanan 3 game dengan menggunakan wira damage tinggi iaitu Helcurt yang dimainkan oleh Soloz. Dengan kemenangan ini, Bosskur menaikkan mata untuk mereka menempah slot playoff.

NARA SG vs Bigetron SG

 
Penutup hari kedua, helang Singapura NARA Esport SG menundukkan Juara Musim 1 iaitu Bigetron Esports SG dengan mudah 2-0. Kedua-dua pasukan bersaing hebat dalam game pertama. NARA mempunyai teamfight yang lebih baik, dan draft NARA yang sangat bijak untuk memilih Diggie. Kolia ialah pengguna Diggie Top Global sekali lagi menjadi pemain penting bagi kemenangan NARA pada malam ini! NARA membelasah mereka dengan permainan yang agresif. Dalam game 2, ianya nampak seimbang, Bigetron yang mahu mendapatkan mata menggunakan Harith namun gagal untuk mengutip mata. Pada akhir game NARA berjaya untuk menang walaupun prestasi yang mantap oleh BTR yang membuat tekanan berasingan di lane pertengahan. Satu kesilapan teamfight oleh Bigetron menyebabkan NARA menjadi juara pada malam itu.

Hari Ketiga
MYA vs Reborn (2-0)

 
Mengakhiri minggu ke-4 dengan Reborn, juara bertahan menewaskan MYA dengan skor mudah 2-0. MYA bermain secara bertahan tewas dalam teamfight mereka. Push yang berjaya dilakukan oleh Lord mencuri dan strategi snow ball yang baik dari Reborn. MYA yang hanya mengharapkan Helcurt oleh Fabby tetap gagal untuk menghasilkan damage untuk menewaskan Reborn. Game 2 tambah menarik apabila Evilx Belerick yang berjaya mengawal damage tinggi yang dihasilkan oleh Kimmy dan Harley. Tekanan berasingan akhirnya membawa Reborn kepada kemenangan untuk Reborn.

EVOS SG vs Bigetron (1-2)

 
Selepas aksi yang teruk pada hari 2 melawan NARA di malam yang lalu, Bigetron menaikkan momentum mereka untuk menang ke atas EVOS. game 1 menampakkan EVOS berkelebihan awal dengan mencuri hutan Bigetron dan menolak untuk mengalah. Namun, kekalahan Sana yang mainkan Thamuz yang menghasilkan damage yang tinggi buat pasukan Bigetron. Dalam game 2, permainan nampak seimbang dengan kedua pasukan mempunyai draf yang baik tanpa kelebihan utama kepada mereka. Ianya hanya menguji skill gaya permainan dengan Bambi dari EVOS mendapat damage penuh dengan menggunakan Harith dan menang ke atas Bigetron. Namun, EVOS gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tempoh permainan yang panjang melibatkan gameplay yang berat tambahan kerjasama berpasukan Bigetron yang mantap. Bigetron meneruskan momentum dan snow ball tanpa henti dengan Karrie dimainkan oleh Ly4 untuk menang.

XPAX X-ASSINS vs Resurgence (1-2)

 
Pasukan kecil yang berjaya menewaskan pendahulu liga, EVOS Esport SG terus memberi aksi terbaik mereka dalam pertemuan bertemu Resurgence. Mereka tewas dalam game 1 dengan Lun sebagai pemain penting dalam game 2 berjaya menghadapi 31% damage dan membawa pasukan untuk mendahulu di tengah permainan dengan aksi melawan balik yang epik. Game seterusnya, XPAX X-ASSINS berjaya untuk mencuri mata dari Resurgence dengan permainan agresif dan tolakan berasingan. Gusion dimainkan oleh Nami dengan baik dalam pertemuan dalam teamfight yang akhirnya mendapat satu mata buat pasukan. Malangnya, kemenangan intu gagal diteruskan kerana Resurgence memilih draf yang hebat untuk melawan balik semua wira dari XPAX X-ASSINS. Lun bermain Claude menghasilkan damage yang mengagumkan dengan kombinasi hebat bersama Diggie yang memberikan crowd control kepada Resurgence di akhir permainan seterusnya membawa kemenangan buat mereka.

Ini sahaja liputan mingguan minggu yang ke-4 untuk MPL-MY/SG! Ketahui lebih lanjut tentang pasukan kegemaran anda dan jangan lupa untuk menonton semua perlawanan MPL secara langsung di Facebook. Kita sudah di pertangahan liga, mampukah pasukan Singapura meneruskan dominasi mereka atau pasukan Malaysia yang akan menghambat di separuh masa kedua musim? Nantikan aksi yang akan datang!