Peninjau Meta 4 – Leomord

Selamat kembali dalam episod baru Peninjau Meta, pada episod yang lalu kita melihat kepada wira pembunuh yang terkuat dan mesti diban untuk semua pasukan. Pada minggu ini, kita mahu menyentuh salah satu wira pejuang – Leomord, dan bercakap mengenai impaknya dalam meta liga MPL-MY/SG. Selain menganalisa wira ini, kita juga akan memerhatikan bagaimana pro bermain iaitu LuN dari Resurgence. Beliau mendapat maniac dengan menggunakan wira ini, dan beroleh gelaran MVP U Mobile untuk minggu ke-4. Kita akan melihat bagaimana beliau menggunakan wira ini dengan baik.

Sepanajang minggu ke-4 musim liga MPL-MY/SG, beberapa pasukan memasukkan Leomord dalam barisan wira mereka. Kita dapat melihat Leomord menjadi salah satu pejuang kegemaran untuk di pilih. Selain itu juga, khabar angin dari pemain-pemain mengatakan wira ini terlalu kuat dan gaya permainan pula, ianya pejuang yang boleh beraksi dengan kuda atau tanpa kuda untuk mendapatkan kebolehan yang berlainan. LuN bermain Leomord dengan agresif berlawan dengan XPAX X-ASSINS. Dalam game ini, LuN beroleh 31% damage dan mengetuai pasukannya untuk bangkit menang!

LuN mengatakan masa yang sesuai untuk memilih wira ini adalah apabila kamu mahu satu kuasa yang digeruni sama ada ketika berseorangan atau agresif dalam teamfights. Ini kerana Leomord mempunyai burst yang sangat tinggi dan ketahanan yang baik. LuN menjelaskan Leomord sangat bagus dipilih jika sesuai dengan barang. Leomord bole menjadi pejuang yang hebat untuk mengetuai teamfight tetapi agak lemah untuk melawan crowd control apabila bersama kuda.

Barang binaan untuk Leomord

Binaan Teras
Seperti yang disaksikan dalam perlawanan, binaan Leomord oleh LuN mengutamakan binaan pertahanan dan damage output yang tinggi. Berdasarkan LuN, damage burst tinggi Leomord dan ketahanan yang baik. Seterusnya, fokus mendapatkan Athena Shield dan Warrior Boots pada awal permainan untuk pertahanan dan mobiliti. Selepas itu, beliau mencadangkan untuk mendapatkan Endless Battle untuk mencuri nyawa dan pengurangan cooldown. Tambahan lagi kerana sememangnya skill pasif yang sedia ada, pemain perlu mendapatkan Blade of Despair untuk melengkapi efek pasifnya.

Barang situasi
Berdasarkan apa yang disebut LuN beliau percaya skil pertama Leomord sudah cukup untuk membunuh minion dan creep hutan, jadi ianya baik untuk tidak menyerangkan terlebih dahulu. Untuk barang situasi pula, dapatkan barang ketahanan seperti Wings of Apocalypse Queen dan Demon Advent. Barang-barang ini sangat berguna pada lewat permainan untuk cooldown serangan fizikal dari musuh dan hidup dalam teamfight.

Cadangan emblem dan battle spell oleh LuN


Pada beliau, lencana terbaik untuk hero ini adalah lencana pembunuh. Menurut LuN, pemain boleh menggunakan lencana pembunuh dengan talent Bounty Hunter. Talent ini berkesan pada Loemord dalam mendapatkan emas untuk setiap musuh yang dibunuhnya. Ini akan membantu pemain untuk membina barang dan siap diawal permainan untuk mengeluarkan damgae yang tinggi. Untuk seruan pula, beliau mencadangkan Petrify kerana berguna untuk teamfight. Iyanya merenjat musuh seketika dan menghentikan gerakan dalam trek.

Gaya Permainan LuN
Awal Permainan – pada awal permainan, Leomord masih lemah. Pemain perlu untuk mendapat level 4 secepat yang mungkin dan mengumpul barang-barang. Ini dapat membantu pasukan mencelah untuk menyertai teamfight untuk membunuh dan snowball permainan.

Pertengahan Permainan – ketika pertengahan permainan, sangat penting untuk pemain bermain dalam side lane, jadi ajuk lawan dalam lane yang selamat dan teruskan untuk membunuhnya. Sangat penting untuk membuat lautan creep bersih untuk kemudahan pasukan.

Lewat Permainan – pada tahap terakhir ini, peain perlu menolong pasukan untuk membunuh penembak tepat pihak lawan atau pembunuh lain untuk dominasi permainan.

Lihat LuN Leomord beraksi di sini

Ikuti aksi LuN pada minggu ini kerana kita sudah menghampiri minggu ke-5 musim liga MPL-MY/SG.