Peninjau Meta 3 MPL – Helcurt

Selamat kembali di episod baharu Peninjau Meta MPL! Sebelum ini kita telah melihat dua mage yang tinggi keupayaan mobiliti, Harith dan Kadita yang sangat memberi kesan apabila dimainkan. Dalam minggu ini pula, kita mahu sentuh salah satu wira pembunuh yang paling kuat – Helcurt.

Helcurt dimainkan oleh pemain dari pasukan XPAX X-ASSINS, Smooth pada minggu ini dan dia merupakan MVP U Mobile. Dibawah adalah cara yang betul untuk bermain wira ini dalam meta-game MPL

Berdasarkan Smooth, masa terbaik untuk memilih wira ini apabila pasukan anda berniat untuk bermain secara agresif dan fokus untuk melebihkan teamfights. Hal ini kerana sebagai seorang pembunuh, Helcurt sangat cemerlang menumbang dan membunuh musuh dalam satu libasan! Mempunyai kapasiti damage yang tinggi dan ketahanan yang baik, ianya wira yang hebat untuk dipilih dalam menghapuskan wira-wira ketika bertarung. Dia berkata, Helcurt sesuai dipilih jika objektif perlawanan mempunyai tiga benda ini: tolakan berasingan, bertahan dalam perlawanan dan membunuh wira-wira musuh.

Sebagai pembunuh dengan keupayaan menumbangkan musuh, Helcurt digeruni mage dan pembunuh yang lain, yang sememangnya lemah dalam pertahanan. Tambahan lagi, skil pasifnya akan menghalang ia menerima damage daripada pihak lawan. Disokong dengan kebolehan bergerak yang tinggi dan kuasa ‘ultimate’ yang apabila diaktifkan akan membuat musuh lari lintang pukang dalam kebingungan. Smooth menjelaskan bahawa Helcurt akan menjadi hebat apabila disatukan bersama barang yang sesuai. Beliau menyatakan dengan nilai serangan fizikal yang tinggi, pantas dan beberapa barang ketahanan akan menjadikan Helcurt satu kuasa yang hampir sukar untuk dihentikan!

Binaan barang untuk Helcurt oleh Smooth
Core item

Berdasarkan Smooth, barangan wajib untuk pemain membina Helcurt mestilah mempunyai 2 benda: 1. Meningkatkan kelajuan serangan 2. Pengeluaran damage yang tinggi. Untuk barang yang pertama, beliau akan memilih ‘Scarlet Phantom’ yang memberi peluang kritikal boost kepada Helcurt. Selepas itu, Smooth mencadangkan barang yang akan menaikkan kapasiti damage wira. Beliau berkata, pemain memerlukan damage fizikal yang banyak untuk membolehkan musuh dibunuh lebih cepat. Barang seperti ‘Blade of Despair’ dan ‘Endless Battle’ yang akan menolong pemain mendapatkan damage dan serangan fizikal yang pantas.

Barang Bersesuaian

Smooth lebih cenderung untuk mengelakkan dari membeli barang pertahanan kerana beliau mempercayai keupayaan skil individu dan rakan pasukan cukup untuk membuatkan beliau bertahan. Dihujung permainan, Smooth selalunya menambah ‘Blade of Heptases’ bagi menaikkan damage dan HP.

Emblem dan Battle Spell oleh Smooth


Bagi beliau, emblem yang terbaik untuk wira ini adalah emblem assasin. Pemain boleh menggunakan emblem assasin pada Helcurt dengan bakat ‘High and Dry’. bakat ini berhasil dengan baik kerana membolehkan ia melawan damage yang tinggi untuk satu lawan satu. Pemain juga boleh menggunakan emblem fizikal sebagai pengganti tetapi tidak disyorkan beliau. Untuk seruan perang pula, Smooth mencadangkan Petrify kerana ia berguna dalam pertarungan berpasukan. Ia akan merenjat musuh dan menghentikan mereka dalam perlawanan. Satu strategi yang baik untuk kelebihan ini adalah menggunakannya pada wira wira musuh yang melancarkan skil.

Gaya Permainan Smooth
Awal permainan– fokus untuk farming pada awal permainan, untuk mendapatkan damage yang maksimum daripada skil ke-2, pemain perlu mengutip Stinger terlebih dahulu. Pada awal permainan, wira ini masih lemah jadi bermainlah secara selamat dan teruskan farming bersama pasukan sehingga mencapai level ke-4.
Pertengahan permainan– semasa berperang, cuba serang musuh pembawa. Dalam teamfight, gunakan kuasa Ultimate atau skil pertama untuk mendekati mage atau marksman yang selalunya berselindung dibelakang. Juga, sebagai pembunuh tidak perlu kekal dilaluan , bertukar-tukar laluan dan cari peluang untuk menyerang. Tugas anda adalah untuk menumpaskan ahli sihir dengan pantas.
Akhir permainan– ditahap ini, sangat sukar untuk musuh berdepan satu sama satu. Gunakan kelebihan ini untuk berpecah dan menumbangkan kristal musuh untuk menang!


Teruja dengan MPL-MY/SG? Jangan lupa untuk turut serta dalam Musim Liga MPL MY/SG minggu 4!