Imbasan Musim 3 Liga MPL-MY/SG Minggu 2: Singa Mengaum

Selamat kembali dalam dalam sedutan mingguan MPL-MY/SG Musim ke-3. Minggu yang ke dua telah menjadi minggu yang menarik, dengan kesemua perlawanan antara Malaysia dan Singapura telah berlangsung. Dari 7 perlawanan tersebut, hanya Geek Fam sahaja antara pasukan dari malaysia yang menang. Sememangnya kita dapat melihat beberapa keputusan yang sudah dan tidak dijangka berlaku dan kemenangan selesa 2-0. Mari kita lihat!

Kedudukan semasa

Hari Pertama

Bigetron SG vs Bosskur Gaming (2-1)

 

Dalam perlawanan pertama, Bigetron SG mendominasi persaing sengit mereka di musim satu, menewaskan pasukan popular dari Malaysia, Bosskur Gaming dengan 2-1. Mereka sekali lagi mengecewakan peminat setia apabila dimalukan oleh pasukan daripada Singapura. Bigetron SG menampilkan line-up yang lebih kuat dimana MR. Vi menggunakan Belerick untuk perlawanan pertama dan membantu Bigetron SG untuk mengurangkan damage Bosskur Gaming seterusnya menang game pertama. walaubagaimanapun , Bosskur Gaming berjaya mengikat kedudukan dengan menang di game ke-2 untuk memberi harapan tetapi di game ke-3 terus memihak kepada Singapura yang mendahului dengan selesa selepas 5 minit permainan dengan mengumpul 6k gold lead daripada Bosskur Gaming. Terdapat peningkatan dalam prestasi mereka, dengan mencuri satu mata dari Bigetron SG namun, mereka tidak mampu melawan asakan dan akhirnya tewas.

Reborn vs NARA Esports SG (0-2)

 
Sebelum perlawanan dijalankan Juara MPL-MY/SG Musim, Reborn menyatakan NARA Esports SG antara pasukan yang lemah musim ini. NARA pasukan kelayakan Singapura, tetapi dianggotai oleh bekas ketua pasukan EVOS Esports SG, Kolia dan bekas pemain Onic iaitu Fenrir. Walaupun masih mentah, NARA membuktikan bahawa mereka bukan pasukan belasahan dengan menewaskan Reborn 2-0 dalam siri kali ini. NARA cukup berani dengan memilih wira baharu, Guinevere dan ternyata strategi mereka membuah hasil yang mantap. Dikejutkan lagi dengan kombo Harley-Kaja yang terlalu sukar untuk dibendung Reborn. Fenrir menggunakan Harley dan mensasarkan binaan damage burst untuk menghapus musuh dengan cepat. Dalam game ini, beliau seakan-akan kebal dan tidak mampu ditewaskan.

Hari Kedua

Resurgence vs Geek Fam (0-2)

 
Geek Fam meneruskan rentak sebagai pasukan pembunuh Singapura, kali ini mereka menewaskan pasukan ditangga ke-3 liga Resurgence. Dari sudut lain, Resurgence dilihat memandang rendah kemampuan Harith dan tidak ban hero ini. Dominus mainkan Harith dalam perlawanan pertama dan dominasi beliau di gabungkan dengan permainan teamplay yang cemerlang dapat membantu Geek Fam naik ke tangga ke-3 liga. Resurgence yang goyah dalam musim ini dilihat kurang fokus dan sinergi yang mereka tampilkan sebelum ini. Geek Fam pula meningkat dengan baik dan kemenangan ini penting untuk menunjukkan kepada peminat mereka bahawa latihan dan penyatuan pasukan mampu menjadikan mereka sebuah pasukan yang paling kuat di Malaysia.

NARA Esports SG vs Bosskur Gaming (2-0)

 
Bossku Gaming dilihat bangkit dari kekecewaan prestasi mereka di minggu yang pertama dengan melakukan strategi baru. Akan tetapi, kemenangan NARA menaikkan keyakinan mereka dan tampil hebat dalam siri. Tidak banyak teamfight dalam game ini kerana objektif NARA hanyalah kawalan peta. Walaubagaimanapun, dalam game ke-2 Bosskur Gaming hadir dengan draf menarik yang fokus pada high crowd-control (CC). mereka berniat memberi saingan kepad NARA, tetapi XMXM yang bermain Guinevere untuk Singapura mengawal permainan. Bosskur mencuba sehabis mampu di game ke-2 tetapi NARA menepis semua asakan dan strategi mereka dengan menang selesa 2-0

EVOS vs MYA (2-0)

 
Mengakhiri hari kedua adalah perlawanan antara EVOS Esports SG dan MYA. Kita disajikan dengan aksi menarik antara dua pasukan. EVOS berjaya menjinakkan MYA dengan kemenangan mudah 2-0. Dari awal permainan, EVOS dilihat sudah fokus untuk mencapai objektif. Mereka melakukan split pushing yang berterusan dari awal bagi meningkatkan peluang untuk menang. Soul’s Leomord pada game kedua sangat menarik untuk disaksikan dengan beliau tampil hebat dalam penggunaan Phantom Steed.

Perlawanan Ketiga

EVOS Esports SG vs ICON (2-0)

 
Kedua pasukan merupakan pendahulu dalam kedudukan dan mahu untuk mendapat pintasan awal liga. Game mereka sangat berdisiplin dan penuh dengan teamfight yang menarik. ICON dilihat menunjukkan sinergi yang hebat dalam draf mereka, namun cenderung untuk mis-play pada mata yang penting dalam perlawanan. Di akhir permainan, inspirasi Kuja ICON mendominasi setiap aspek Claude beliau. Binaan wira yang lebih optimis dalam menghadapi damage fizikal yang tinggi untuk membunuh wira musuh. Namun, pasukan beliau tidak mempunyai stun yang cukup untuk membantu membunuh pihak lawan. Kegagalan mereka dalam menghadapi EVOS dlm teamfight telah menyebabkan pasukan dari Singapura itu melakukan serang balas dan menang tiga kali berturut-turut dalam liga. Seterusnya mengangkat mereka ke puncak liga.

Bigetron SG vs XPAX X-ASSINS (2-0)

 
Bigetron SG bertemu XPAX X-ASSINS dan memusnahkan mereka, menunjukkan taktik dan kerjasama pasukan yang lebih matang. Bigetron SG mengawal peta lebih awal dan menekan kelebihan mereka. Konsistansi yang berterusan ditampilkan Bigetron SG untuk membantu mereka menang keatas XPAX X-ASSINS yang dilihat kurang latihan dan tujuan. Di game kedua, Bigetron SG bermain teamfights secara aggresive dan menekan XPAX X-ASSINS dari awal. SynC menggunakan Kadita untuk menunjukkan betapa kuatnya beliau jika dimain dengan komposisi pasukan yang betul. Dengan keputusan malang yang berterusan, XPAX X-ASSINS berada di tangga ke-9 liga hanya beza satu mata di atas Mysterious Assassin.