Imbasan MPL-MY/SG Musim Liga 3 – Hari Pembalasan

Selamat kembali ke imbasan mingguan di MPL-MY/SG Musim Liga 3. Minggu 1 kita lihat persaingan lama dengan Kuja mengetuai ICON mengalahkan Geek Fam dan Evos Esports SG dapat membalas dendam kepada juara MPL S2 – Reborn

Ini adalah carta liga untuk minggu 1.

Hari Perlawanan 1

Evos Esports SG vs Bosskurr Gaming (2-0)

Perlawanan pertama di hari pertama, Evos SG mengganas dengan mengalahkan pasukan terkuat Malaysia iaitu Bosskur Gaming dengan skor 2-0. Pasukan terkuat Malaysia telah mengecewakan peminat mereka dengan kekalahan kepada pasukan Singapura. Singa telah menjinaklkan Harimau dengan pemilihan hero yang menarik dan permainan yang aggresif. Mereka menunjukkan dominan di awal musim liga.

ICON vs Geek Fam (2-0)

Kedua-dua pasukan ini mempunyai perselisihan semasa offseason. Kedua-dua pasukan sebelum ini berada di dalam keluarga Geek Fam dan Kuja pula sebelum ini adalah kapten Geek Fam Mystic (Sekaran di kenali sebagai Geek Fam). Kuja telah di keluarkabn dari skuad Geek Fam yang baru dan di jemput ke dalam ICON. Perubahan pasukan memberi kelebihan kepada ICON kerana berjaya mengalahkan Geek Fam.

Hari Perlawanan 2

Resurgence vs MYA (2-0)

Resurgence telah memasuki musim ketiga mereka di MPL dengan keyakinan untuk menang di MPL terserlah apabila mereka mengalahkan Mysterious Assassin. Pasukan Singapura menunjukkan disiplin semasa di dalam awal permainan. Mysterious Assassin sangat pasif dengan permainan mereka dan gagal untuk menghalang Resurgence ke kristal mereka. Ini kemenangan yang cepat terhadap pasukan Malaysia.

Geek Fam vs Bigetron SG (2-0)

Bigetron SG ingin menghidup kembali musim kegemilangan mereka dengan kepulangan pemain Jasonkoh. Walaubagaimanapun, Geek Fam seperti lebih kuat selepas di kalahkan oleh ICON pada hari pertama MPL. Geek Fam berjaya mengalahkan Bigetron SG kerana mereka yakin permainan mereka.

Reborn vs EVOS Esports SG (1-2)

Kita akhirkan hari kedua Musim Liga dengan imbasan perlawanan final MPL Musim 2 antara Reborn vs EVOS Esports SG. Ini adalah perlawanan yang paling sengit dan epik pada minggu itu. EVOS memberanikan diri dengan memilih Badang di perlawnanan pertama dan ia memusnahkan Reborn. Tetapi Reborn berjaya membuat line-up baru dan tunjukkan bahawa Badang tidak berguna di dalam perlawanan itu. Perlawanan 3 kembali ke pihak Singapura untuk menguasainya dan EVOS Esports mengambil tempat pertama untuk sementara waktu.

Hari perlawanan 3

NARA Esports SG vs Xpax X-Assins (2-1)

Perlawanan epik bersambung di hari 3, bermula dengan NARA Esports SG dengan Xpax X-Assins. Kedua-dua pasukan adalah pasukan baru dan mendapatkan tempat Musim Liga melalui pusingan pemilihan. NARA Esports menunjukkan bahawa mereka lebih kuat dengan perlawanan yang sengit skor 2-1.

MYA vs ICON (0-2)

Untuk perlawanan kedua, MYA dan ICON bertarung satu sama lain. Sebagai pasukan yang berpengalaman, ICON tunjuk sinergi yang lebih baik dari segi draft dan cara permainan. Secara keseluruhan, Cometopapa menjadi sumber inspirasi untuk ICON dengan menjadi dominan di kedua-dua permainan dan menuntut kemenangan kedua yang berturut dan menjadi satu-satunya pasukan yang belum kalah di pembukaan Musim Liga MPL.

Reborn vs Resurgence (2-1)

Perlawanan ini adalah flashback di MPL musim 2 semi-final. Di perlawanan pertama, Resurgence mengeluarkan Zhask-Diggie combo di mana membuat Reborn terkejut dan pasukan Singapura cepat mengambil skor 1-0. Walaubagaimanapun di perlawanan 2 Loong menggunakan Harith untuk kali pertama di MPL dan ini membantu pasukanya untuk mendapatkan seri 1-1 di dalam perlawanan 3 yang terbaik. Reborn teruskan membuat comeback dengan permainan yang baik dan berjaya mendapat kemenangan pertama di minggu 1.

Loong bermain Harith berhak mendapat MVP minggu ini.

Itulah imbasan mingguan MPL-MY/SG! Kenali lebih pasukan kesukaan anda dan jangan lupa untuk saksikan perlawanan MPL live di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang. Siapakah akan dapat ketuai di carta liga? Nantikan minggu depan untuk ketahui lagi!