Berjumpa dengan pasukan MPL: Reborn

Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

 

Saiyan Reborn

Juara MPL musim lepas telah mengejutkan semua pasukan kerana Saiyan Reborn ketika itu merupakan pasukan baru di MPL. Namun begitu musim ini mereka mempunyai cabaran untuk mempertahankan gelaran juara mereka dari semua pesaing-pesaing baru.

1. Kenapa SaiyanJinn tinggal pasukan Reborn?

Jinn tinggalkan Reborn di atas masalah peribadi dia sendiri. Jadi kami hormati keputusan itu untuk dia meninggalkan pasukan ini

 

2. Apa anda rasa dengan pasukan MPL musim ini? Pasukan mana yang anda rasa paling menakutkan bagi pasukan Reborn?

Musim 3 ini pastinya lebih mencabar. Team baru yang layak ke Musim Liga bukannya pasukan dari musim lepas  kecuali pasukan ICON MY. Sudah pasti ada di antara team baru yg layak ke Musim Liga ini telah pun mengalahkan pasukan Musim Liga dari musim lepas. Bagi kami semua team adalah pencabar terkuat untuk musim ini.

 

3. Sebagai pemenang musim lepas bagaimana anda akan buat strategi untuk mempertahankan gelaran juara?

Sudah tentu Reborn akan mempelbagaikan meta-meta dan taktikal dlm setiap perlawanan supaya tidak mudah untuk dibaca oleh pasukan lain. Jadi pasukan yang lain jangan ingat kami akan beri anda kemenangan dengan senang.

 

4. Evos SG adalah pesaing paling kuat bagi anda. Selepas Kolia keluar dari pasukan Evos apa anda rasa dengan pasukan Evos sekarang?

Team Evos pasti masih berbisa jika hanya Kolia sahaja yg tiada dalam team Evos. Kami tidak akan memandang rendah dengan Evos kerana setiap pasukan pasti ingin menjatuhkan kami.

 

5. Malaysia vs Singapura pasukan mana yang lebih kuat bagi pendapat anda?

Pada pendapat kami tentunya pasukan Singapura lebih kuat kerana semua pasukan dari Singapura tidak terkeluar dari musim liga. Satu lagi, pasukan Singapura mempunyai mentality lebih tinggi dari pasukan Malaysia.

 

6. Apa anda rasa tentang pasukan Singapura secara keseluruhan?

The Tiger will show u to be a King again!!