Berjumpa dengan pasukan MPL: NARA Esports

Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

NARA Esports

Satu-satunya pasukan baru di kalangan pasukan Singapura, Nara eSports membuat langkah pertama untuk berentap menjadi lagenda di MPL musim 3. Ini adalah pengalaman baru bagi mereka tetapi bolehkah mereka berdiri sama taraf bersama pasukan Singapura yang lain?

1. Ini adalah pengalaman pertama anda di MPL bagaimana anda rasa selepas berjaya memasuki MPL?

Kami telah jangkakan kami akan menang pusingan kelayakan MPL akan tetapi kami masih gembira apa yang kami sudah capai musim ini.

2. Pendapat anda pasukan Malaysia yang mana paling kuat?

Kami rasa Bosskurr Gaming adalah pasukan paling kuat di kalangan pasukan Malaysia kerana mereka telah bermain bersama agak lama dan kami harap musim ini mereka akan jatuh!

3. Pendapat anda pasukan Singapura yang mana paling kuat di MPL?

Kami rasa Bigetron SG adalah pasukan yang kuat di kalangan pasukan Singapura kerana mereka lebih kurang sama dengan Bosskurr Gaming, mereka adalah pasukan veteran di MPL.

4. Hero apa yang rasa yang banyak dipertandingkan?

Semestinya adalah Grock, kerana hero ini agak OP dengan mengacau lane dan cepat membuat rotatian di setiap lane.

5. Apa yang kami boleh jangkakan dari pasukan anda musim ini?

Jaga-jaga pasukan Malaysia! Kami geng Singapura akan memenuhi liga ini dan kamu tidak akan ada peluang untuk menang MPL.