Berjumpa dengan pasukan MPL: ICON MY

Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

ICON MY

Musim lepas ICON MY mendapat tempat 7-8 selepas kalah dengan Airasia Saiyan di lower bracket. Nasib ICON MY tidak berapa baik musim lepas dan ini membuat ICON MY berasa sakit hati semasa itu. Oleh itu, musim ini mereka membuat comeback di MPL dengan memenangi pusingan kelayakan Malaysia dan mereka sekarang bersemangat untuk mendapatkan gelaran juara kepada mereka.

1) Bagaimana anda rasa selepas berjaya memasuki MPL?

Saya rasa happy sebab dapat masuk semula ke MPL S3 dengan usaha kami selama ini kami berjaya masuk MPL. Kami kembali untuk merampas gelaran juara musim ini.

2) Apa persediaan ICON buat untuk ke Musim Liga?

Persediaan kami 7/10 sebab masih ada sesuatu yang perlu kami baiki di dalam pasukan kami.

3) Pada pendapat anda pasukan Singapura yang mana paling kuat? Kenapa?

Mungkin buat masa ni pasukan Singapura yang paling kuat adalah EVOS SG sebab mereka hampir menjadi juara di MPL musim lepas. Kami akan berlatih lebiih kerap untuk menjatuhkan pasukan Singapura.

4) Apa anda rasa tentang pasukan baru Singapura Nara eSport?

Mungkin kami perlu berjaga-jaga dengan kemunculan team baru Nara eSport kerana kami tidak akan memandang rendah kepada pasukan baru terutama sekali pasukan dari Singapura.

5)  Hero apa yang rasa yang banyak dipertandingkan?

 

 

Grock, Harith, Kimmy dan Chou adalah hero yang banyak akan dipertandingkan di MPL kerana hero ini banyak memberi impak di dalam perlawanan jadi kami juga akan menggunakan kelebihan ini untuk menang perlawanan di MPL.

6) Apa anda rasa tentang pasukan Singapura secara keseluruhan?

BE READY FOR OUR COMEBACK IN THIS MPL BECAUSE WE GONNA TAKE THE CHAMPION TITLE MPL S3 !