Berjumpa dengan pasukan MPL: GeekFam

Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

GeekFam

Sebelum ini dikenali sebagai GeekFam Mystic di MPL musim 2 dan waktu itu Kuja menjadi kapten untuk pasukan ini. Tetapi kali ini dengan ketiadaan Kuja dan nama mystic bolehkah mereka memenangi MPL musim 3 ini?

1. Apa anda rasa dengan pasukan anda pada musim ini?

Saya rasa pasukan kami lebih konsisten walaupun ketiadaan Kuja pada musim ini

2. Pendapat anda pasukan mana yang paling kuat di MPL?

Musim ini pasukan Malaysia yang kuat adalah Boskurr Gaming dan untuk Singapura pula masih Bigetron. Kedua-dua pasukan ini masih konsisten dengan cara permainan mereka

3. Hero apa yang akan selalu di pilih di MPL? Kenapa?

.Hero yg selalu dipilih utk MpL musim ini ialah Grock. Sebab Hero ini cepat clear laning utk creep & mempercepatkan lagi rotation utk ganking.

4. Kenapa Kuja keluar dari pasukan?

Kuja keluar pasukan, disebabkan kami mengalami masalah-masalah management yang tidak bertanggungjawab dan kami membawa keputusan keluar dari mystic manakala Kuja pergi ke ICON.

5. Siapa menjadi kapten sekarang dan menjadi shot caller in-game?

Jep yang menjadi kapten untuk team GeekFam dan drafter untuk shot caller dalam game adalah Jep & Xorn.

6. Apa target GeekFam musim ni?

Target kami utk musim ini ialah Pergi ke final, Biarlah difinal nnti yang menentukan siapakah juara MPL musim 3