Berjumpa dengan pasukan MPL: Bosskurr Gaming

Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

Bosskurr Gaming

Pasukan yang paling di minati oleh penyokong Malaysia, mereka sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Saiyan dan kini mereka kembali dengan nama Boskurr Gaming. Mereka di kira sebagai pasukan veteran di MPL kerana setiap musim mereka layak memasuki MPL. Tetapi mereka masih tidak mendapat peluang menjadi juara di setiap MPL. Mungkin kali ini adalah peluang mereka untuk menjadi juara?

1. Semasa MPL Playoffs Season 2 prestasi pasukan anda agak teruk. Kenapa?

Ketika itu kami membuat banyak kesilapan dari segi drafting dan gameplay. Ini menyebabkab prestasi kami terjejas pada waktu itu. Selain itu, kami menggunakan meta strategi yang berlainan tetapi tidak menjadi seperti kami menjangkakan.

2. Bagaimana anda akan bersedia ke MPL musim 3?

Kami tidak buat apa-apa latihan selain dari bermain bersama di rank game. Kami harapkan yang terbaik dan nikmati pertandingan ini.

3. Apa pendapat anda tentang pasukan Singapura?

Pasukan Singapura sangat kuat pada musim ini kerana mereka sangat cepat menyesuaikan diri dengan meta baru berbanding dengan pasukan Malaysia.

4. Antara pasukan Malaysia dan Singapura, negara mana akan menang MPL ini?

Kami jangkakan pasukan Malaysia lebih bersedia MPL musim ini dan kami lihat Geek Fam akan menjadi juara musim ini kerana kami dengar mereka telah buat analisis setiap pasukan di MPL.

5. Apa anda rasa tentang pasukan baru layak ke MPL MY/SG?

Saya lihat mereka ingin memenangi MPL dan mereka juga lihat seperti pasukan yang kuat jadi kami tidak akan memandang rendah pada mereka. Mereka sangat kuat dan kami jangkakan Kolia bekas pemain Evos akan pimpin pasukan ini dengan baik

6. Anda rasa boleh kalahkan pasukan Reborn pada musim ini? Bagaimana?

Kami sangat yakin kali ini kami akan kalahkan mereka. Kami akan belajar cara gameplay dan meta mereka. Kali ini kami tidak akan memandang rendah kepada mereka kali ini.