Pusingan Kelayakan MPL Musim 3 Malaysia telah tiba!

Liga rasmi Mobile Legends untuk pemain Malaysia dan Singapura kembali untuk musim ketiga. Kali ini MPL menjanjikan pasukan yang lebih kuat, strategi lebih menarik, pilihan hero yang mengejutkan dan juga aksi yang mendebarkan.

Pendaftaran untuk pusingan Malaysia telah tamat dan jadual telah keluar. Sekarang lebih 500 pasukan Mobile legend Malaysia akan berentap pada minggu ini untuk 3 tempat di Musim Liga MPL-MY/SG S3.

3 pasukan ini akan menyertai bersama pasukan jemputan iaitu Team Reborn (Sebelum ini di kenali sebagai Saiyan Reborn: juara MPL musim 2), Evos Esport SG (Naib Juara musim 2), Resurgence (Di kenali sebagai Flash Tyrants: Musim 1 naib juara dan tempat ketiga di Musim 2) Bosskur Gaming (Dikenali sebagai AirAsia Saiyan: tempat ke-empat di musim 1 dan 2) Bigetron SG dan GeekFam (Di tempat 5-6 pada musim 2).

Format

Musim ini proses pusingan kelayakan mempunyai sedikit kelainan dari musim 2. Untuk pusingan Malaysia pasukan akan dibahagi kepada 4 kumpulan (1, 2, 3, 4) dan semua perlawanan hanya mempunyai satu kali perlawanan sahaja. Pasukan yang terakhir di setiap kumpulan akan pergi ke peringkat kalah mati di mana 4 pasukan terakhir akan bermain best of 3 di perlawanan single elimination. Dua pasukan yang tertinggi akan teruskan perlawanan mereka di Musim Liga, dan perlawanan gangsa akan di mainkan untuk menentukan pasukan terakhir yang layak ke Musim Liga.

Bagaimana dan Di mana untuk saksikan MPL MY/SG?

Pusingan kelayakan akan bermula hari Jumaat, tetapi hanya pusingan kalah mati (Di main pada hari Ahad) akan siaran lansung di page rasmi Mobile Legends: Bang Bang. Anda boleh lihat jadual perlawanan di sini:

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Pasukan yang perlu di perhatikan

Untuk kumpulan 1, pasukan di kenali sebagai Falcon 7 Alpha berada di Musim 1 Liga MPL MY/SG. Di kumpulan 2, pasukan musim 2 Borneo Dragon dan Icon akan bertempur sekali lagi. Di kumpulan 3, We Own World dan Traitor adalah pasukan lebih di kenali di musim 2. Traitor lihat pasukan yang lebih kuat kerana melayakkan diri di playoffs tetapi We Own World masih banyak ruang di pertingkatkan.

Di kumpulan terakhir, Musim 1 pasukan Mysterious Assassin dan Equalizer kembali untuk mencuba sekali lagi MPL MY/SG. Mysterious Assassin adalah salah satu pasukan Malaysia yang terkuat di musim 1 dengan mendapat tempat ketiga. Tetapi selepas pertukaran pemain yang drastic mereka gagal untuk melayakkan diri di musim 2. Adakah ini peluang mereka untuk menebus kembali maruah mereka atau adakah bintang akan terus hilang.

Teruskan mengikuti aksi MPL MY/SG untuk mengetahui siapa akan layak ke Musim Liga!

Apa yang di pertaruhkan?

Moonton menawarkan jumlah wang yang terkumpul yang lebih besar dan elaun pemain yang lebih banyak. Jumlah wang terkumpul akan melebihi USD 100,000 berbanding musim lepas, jadi itu wang yang banyak untuk pertaruhkan. Elaun yang banyak kepada pemain adalah untuk menolong pasukan dari segi kewangan sepanjang Musim Liga. Bukan sahaja sebab wang mereka berlawan tertapi pemain akan keluar untuk menunjukkan mereka adalah yang terbaik di dalam role; pasukan pula akan bersemangat untuk menunjukkan mereka mempunyai kerjasama dan koordinasi team fight yang lebih baik.

Pada minggu ini, kita akan tentukan 3 pasukan Malaysia yang akan menmyertai dengan pasukan jemputan. 6 pasukan akan memegang Jalur Gemilang apabila Musim Liga bermula. Maruah Negara akan di pertaruhkan sebagai pasukan terbaik Malaysia dan Singapura mereka akan bertarung untuk menjadi JUARA di MPL MY/SG musim 3.