Pemilihan Pusingan Malaysia telah tamat!

Hari ini kita menyaksikan 4 pasukan Malaysia bertarung untuk mendapatkan 3 slot ke musim liga MPL – MY/SG. EDG project (EDG), dan Xpax X-Assasin adalah pesaing baru di MPL – MY/SG tetapi bukan untuk Mysterious Assasin (MYA) dan ICON MY (ICON) adalah pasukan yang lebih berpengalaman di MPL – MY/SG/

Perlawanan Pertama 

Xpax X-Assasins vs ICON MY

Game 1.

Bekas pasukan MPL – MY/SG musim 2 vs pasukan baru MPL – MY/SG musim 3 memulakan acara pembukaan yang menakjubkan dengan pilihan hero Kimmy untuk ICON dan Lunox untuk Xpax X-Assasins. Pasukan ICON bermain secara agresif pada awal permainan dengan menggunakan barisan hero yang lebih kepada teamfight iatu Minotaur dan Kaja. Xpax X-Assasins seperti tiada idea untuk menghalang kemaraan pasukan ICON. Hayabusa digunakan oleh King Ketom membuatkan X pax X-Assasins kalah permainan pertama selepas Hayabusa fokus membunuh Lunox di mainkan oleh Arab.

Game 2

Semangat ICON untuk layak ke musim MPL – MY/SG sangat kuat dengan pemilihan hero yang lebih kurang sama dengan perlawanan pertama tetapi kepada Xpax X-Assasin menukar strategi mereka secara keseluruhan dengan memililh Helcurt dan Harley sebagai hero utama mereka. Pada minit ke-2 ICON telah mengambil Turtle dengan senang dan ini menyebabkan pasukan Xpax X-Assasins bermain secara defensif tetapi gagal kerana sering di tangkap oleh Gusion di mainkan oleh Cometopapa. Akhir sekali ICON mengalahkan Xpax X-Asssasins 2-0 dan secara automatik pasukan Xpax X-Asssasins jatuh ke perlawanan gangsa.

Perlawanan Kedua

EDG Project vs Mysterious Assasins

Game 1

Lagi sekali perlawanan antara pasukan baru (EDG Project) menentang pasukan berpengalaman (Mysterious Assasins), kita lihat MYA tidak beri peluang kepada EDG dengan membunuh dua hero sebelum minit 1 dan ini permulaan yang tidak baik kepada EDG. Selepas itu Gusion di main oleh Flint mendapat triple kill selepas pasukan EDG ingin mencuri Turtle dari pasukan MYA. Selepas itu EDG cuba untuk mencuri Lord dengan jayanya mereka dapat mencuri Lord dari pasukan MYA tetapi pemain EDG kebanyakanya terkorban dan ini peluang pasukan MYA untuk menghabiskan game 1.

Game 2

MYA masih ada satu lagi langkah untuk layak ke musim liga tetapi EDG adalah penghalang yang terbesar bagi mereka. Kita lihat EDG memilih barisan hero teamfight seperti Minotaur dan Akai berbanding pasukan MYA yang mempunyai burst damage yang tinggi seperti Selena dan Karrie. Perlawanan bermula dengan seimbang tetapi selepas EDG berjaya mendapatkan Lord mereka bermain secara agresif dan menbuatkan MYA sedikit goyah ketika itu. Walaubagaimanapun selepas Karrie telah mendapatkan barang dengan senangnya Karrie membunuh hero EDG seperti creep biasa. Akhirnya, MYA berjaya melayakkan diri ke musim liga dan pasukan EDG akan berjumpa dengan pasukan Xpax X-Assassins di perlawanan gangsa.

Perlawanan Gangsa

Xpax X-Assasins vs EDG Project

 

Game 1

EDG mulakan perlawanan dengan baik dengan memegang kesemua lane tetapi Xpax X-Assasins bermain secara berhati-hati dan menunggu masa yang baik untuk membalas balik. Ruby di mainkan oleh Smooth sangat membantu Xpax X-Assasins untuk mendapatkan kill dan secara perlahan-lahan Xpax X-Assasins mendapatkan momentum untuk melawan balik EDG. Akhir sekali, Claude bermain oleh Ax sangat kuat sehingga EDG kalah di perlawanan pertama.

Game 2

Ini adalah peluang terakhir kepada EDG untuk melayakkan diri ke musim liga MPL tetapi mereka perlu menang dua perlawanan, lain pula kepada pasukan Xpax X-Assassins mereka perlu menang satu lagi perlawanan untuk pergi ke peringkat seterusnya. Pada mulanya, Xpax memegang perlawanan dan ini membuatkan EDG gusar dengan cara Xpax main di awal permainan. Tetapi EDG tidak mengalah mereka membuat Xpax terkejut dengan maniac Chou di mainkan oleh Quinn. Xpax hampir kalah di perlawanan ini tetapi mereka tidak mengalah dengan menggunakan Karrie mereka mengambil perlawanan itu dengan 2-0  dan automatik EDG tidak layak ke MPL – MY/SG.

 

Baiklah tahniah kepada 3 pasukan (ICON,MYA dan Xpax) yang layak ke musim liga MPL – MY/SG kepada EDG jangan bersedih anda boleh cuba lagi pada musim hadapan! Jangan lupa teruskan menyokong dan tonton MPL- MY/SG!