NARA eSports membuat comeback untuk layak ke Musim Liga MPL – MY/SG

Semalam, kita lihat 4 pasukan Singapura berlawan untuk mendapatkan satu tempat di Musim 3 Liga MPL-MY/SG. Pasukanya adalah NEWERA, Jasper & Friends, NARA eSports dan Infamous. Mereka adalah pasukan terbaik di Singapura yang melepasi peringkat awal pusingan kelayakan. Jangan kita buang masa dan mari kita lihat apa yang terjadi pada hari Ahad.

 

Perlawanan Pertama

 

NEWERA vs Jasper & Friends

    

Game 1

Perlawanan pusingan pemilihan Singapura dimulakan dengan perlawanan antara pasukan NEWERA dan Jasper & Friends. Kita dapat melihat bahawa pasukan Jasper & Friends bermula secara agresif dalam pengawalan objektif mereka telah membunuh Turtle pada seawal minit ke 2 dan mendapatkan ‘First Blood’ dengan membunuh Ironmank dari pasukan NEWERA. Turret pertama juga telah berjaya dimusnahkan terlebih dahulu oleh pasukan Jasper dan perlawanan menjadi semakin rancak pada minit ke 4 apabila pasukan Jasper membunuh 3 ahli kumpulan NEWERA sambil mendapatkan Turtle ke 2. Disebabkan perbezaan yang sangat ketara, pasukan Jasper & Friends telah menamatkan Game 1 dengan bergaya.

Game 2

Masih lagi mengekalkan momentum seperti dalam Game 1, pasukan Jasper & Friends mengekalkan corak permainan yang sempurna yang dilengkapi dengan komposisi pilihan hero yang menarik. Perlawanan dilihat agak seimbang pada awal perlawanan apabila kedua pasukan saling berbalas ‘kill’ di mana pasukan NEWERA tampil nampak lebih agresif. Terutama sekali kita boleh lihat Minatour memainkan peranan yang penting untuk NEWERA mendapatkan ‘kill’. Namun disebabkan ‘positioning’ yang kurang cantik dari NEWERA selain ‘damage output’ yang lebih tinggi dari Jasper & Friends, menyebabkan NEWERA kalah selain tersingkir dari sesi kelayakan kali ini.

Perlawanan Kedua

NARA eSports vs Infamous

Game 1

Perlawanan kedua pada sesi kelayakan ini, diteruskan dengan pasukan NARA eSports menentang pasukan Infamous. Perlawanan dilihat agak seimbang pada minit awal perlawanan dari kedua-dua pihak sebelum bertukar menjadi ‘one-sided match’. Ini berlaku apabila NARA eSports dengan pantasnya menguasai objektif meninggalkan Infamous ke belakang. ‘Positioning’ yang sangat cantik dari carry NARA eSports kerana beliau tidak kecundang langsung dalam Game 1 ini. Walaupun Infamous mempunyai banyak hero yang boleh melakukan ‘crowd-crontrol’ namun ‘damage output’ nya masih belum mampu melawan kemaraan pasukan NARA eSports. Game 1 ini dimenangi oleh pasukan NARA eSports.

Game 2

Penambahbaikan dapat dilihat oleh pasukan Infamous apabila mereka bijak memilih hero semasa fasa ‘drafting’. Namun penguasaan ‘early game’ masih tetap didominasi oleh pasukan NARA eSports  dan di sini pasukan Infamous kelihatan agak buntu semasa ‘teamfight’ dengan NARA eSports. Apabila NARA eSports mendapatkan Turtle, perlawanan ini sudah menjadi ‘landslide’ yang sukar untuk pasukan Infamous melakukan ‘comeback’. Game 2 ini diakhiri dengan kemenangan oleh pasukan NARA eSports yang mara ke Grand Final untuk berlawan dengan pasukan Jasper & Friends.

 

Grand Final

Jasper & Friends vs NARA eSports

Game 1

Perlawanan yang sangat dinantikan pada Grand Final ini iaitu pasukan NARA eSports menentang pasukan Jasper & Friends. Seperti yang dijangkakan, perlawanan ini sangat sengit di mana Jasper & Friends bermula dengan garang apabila mendapatkan ‘First Blood’ dan Turtle dahulu. Namun kedudukan ini disamakan pada minit ke 2. Jasper tampak lebih agresif berbanding game sebelumnya apabila berjaya mendapatkan 2 Lord dalam Game 1. Walaupun NARA eSports mempunyai ‘draft’ yang lebih hebat namun mereka tidak mampu untuk menahan kekuatan yang dipamerkan oleh Jasper & Friends. Akhirnya, Game 1 ini memihak kepada Jasper & Friends.

Game 2

Setelah mempelajari dari kesilapan dari Game 1, kali ini NARA eSports mampu memberikan ‘teamfight’ dan ‘shot call’ lebih lancar. Ini dilihat apabila pada minit awal Game 2, posisi pasukan Jasper & Friends agak terumbang-ambing apabila dikejar oleh 4 pemain NARA eSports. ‘Damage output’ yang lebih tinggi dari Orca pemain dari NARA eSports. Mereka akhirnya menemui kelemahan atau ‘loop hole’ pasukan Jasper & Friends apabila seorang demi seorang pemain Jasper telah dibunuh dengan begitu senang oleh pasukan NARA eSports. Akhirnya, Game 2 ini ditamatkan oleh NARA eSports dengan jurang yang sangat besar untuk dikejar oleh pasukan Jasper. Perlawanan seri 1-1 dan kita akan bersedia Game 3 pula.

Game 3

Perlawanan yang lebih stabil dan lebih berhati-hati oleh kedua-dua pihak sehingga pada minit ke 7. Namun penguasaan objektif dan turret lebih memihak kepada NARA eSports. Pasukan Jasper & Friends kelihatan tidak mampu menutup kelemahan mereka apabila banyak mengalami kekalahan dari segi ‘teamfight’ terhadap NARA eSports. Komposisi hero dalam kedua pasukan ini nampak sama rata namun NARA eSports bijak mengambil peluang dan lebih efektif ketika ‘teamfight’. Perlawanan ini berakhir apabila NARA eSports mendapatkan ‘wipe out’ pada minit ke 11, sekaligus menamatkan Game 3.

Tahniah kepada NARA eSports kerana layak ke Musim Liga. Mereka akan sertai bersama 9 lagi pasukan iaitu: Team Reborn, Evos Esports SG, Resurgence, Bosskurr Gaming, GeekFam, Bigetron SG, ICON MY dan Mysterious Assassin.

MPL akan berehat sebentar sebelum Musim Liga bermula pada awal bulan Mac, jadi jangan lupa ikuti cerita dan aksi terbaik Mobile Legends di sini!