Perlawanan All-Star Musim 2: Singa Baham Harimau

Pada Sabtu yang lepas, kami membuat perlawanan All-Star antara pasukan Singapura dan pasukan Malaysia. Secara jujurnya saya harap Malaysia akan beri perlawanan yang sengit dan menang sekurang-kurangnya sekali tetapi malangnya harimau kalah di dalam perlawanan dan di baham oleh singa.

Ya betul, malaysia kalah 0-2 kepada Singapura. Malaysia mempunyai banyak pemain star, tetapi saya rasa teamwork lebih penting seperti pasukan Singapura tunjukkan.

Ini adalah barisan pemain yang di pilih oleh peminat

Malaysia

Fredo – AirAsia Saiyan

Syno – GEEK FAM ICON

Penjahat – AirAsia Saiyan

Feekz – GEEK FAM MYSTIC

Soloz – AirAsia Saiyan

Singapore

Bambi – EVOS Esports SG

Ly4Ly4Ly4 – Bigetron SG

Soul – EVOS Esports SG

Aeon – Flash Tyrants

Kolia – EVOS Esports SG

Perlawanan 1

Perlawanan 1 di mulakan dengan di sebelahi pihak Malaysia, dengan pemain menunjukkan drafting yang baik dan ban skill. Untuk rujukan anda ini adalah barisan hero pasukan Malaysia:

Grock

Martis

Selena

Gatotkaca

Hanabi

Dan ini adalah barisan hero pasukan Singapura:

Claude

Gord

Minotaur

Aldous

Gusion

Bukan sebab komposisi pasukan Singapura adalah teruk tetapi hero pasukan Malaysia lebih mempunyai sinergi. Pada awal perlawanan, Malaysia membuli Singapura (dengan skor kill 10-4 pada minit 9 dan 3K gold lead), jadi Singapura terpaksa bermain secara berhati-hati dan tidak bermain secara buta-tuli.

Singapura menunjukkan teamwork yang baik, menghukum Malaysia keranan terlalu yakin, dan mereka berjaya mendapat rentak secara perlahan-lahan, walaupun dapat Lord, mereka tidak dapat membuat banyak damage yang banyak kerana pasukan Singapura tidak dapat buat follow-up.

Pada akhirnya, perlawanan di menangi dengan teamfight di toplane jungle, di mana posisi Malaysia di dalam teamfight sangat teruk, memberi Gord (Bambi) kelebihan untuk menggunakan ulti ke atas pasukan Malaysia dan Aeon pula membuat follow up mendapatkan Maniac dengan Gusion. Pasukan Singapura lansung tidak hilang satu hero di dalam teamfight itu.

Kami rasa pasukan Malaysia tidak dapat gunakan sepenuhnya kelebihan awal mereka dan Grock (Syno selalunya bermain Chou) dan Hanabi (Feekz) tidak dapat buat apa-apa.

Perlawanan 2

Perlawanan 2 lebih seimbang, dengan kedua-dua pasukan mendapat kill walaupun Singapura dapat kelebihan sedikit. Pada satu masa, mereka cuba untuk menghabiskan perlawanan tetapi gagal dan beri peluang kepada Malaysia untuk mengambil Lord. Bukan itu sahaja pasukan Malaysia berjaya mendapatkan Lord sebanyak dua kali tetapi tidak cukup untuk beri kemenangan kepada mereka. Perlawanan 2 telah menang dengan lagi satu teamfight di mana Soul (bermain Aldous) dan Ly4ly4ly4 (bermain Helcurt) mendapatkan Fredo, Soloz dan Syno, mereka push untuk menang perlawanan itu.

Tahniah kepada Pasukan Singapura. Jumpa anda di playoffs minggu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *