Perlawanan All-Star musim 2 akan bermula tidak lama lagi!

Undian telah tamat, pemain juga telah ketahui dan sekarang Malaysia-Singapura perlawanan All Star!

Kedua-dua negara sedang mengumpul pemainnya untuk bersedia bertempur di perlawanan ini!

Bila perlawanan ini akan bermula?

Ini akan berlaku pada hari Sabtu,13 Oktober, pada pukul 3 petang. Kita akan menyiarkan perlawanan ini pada Facebook page kita!

Barisan Pemain

Seperti kami beritahu pemain telah dipilih oleh peminat dan kebanyakannya adalah yang terkuat dan popular di setiap negara sendiri.

Malaysia

Kebanyakan komposisi pasukan Malaysia adalah AirAsia Saiyan, bersama dengan Syno dan Feekz. Walaupun skill pasukan Malaysia tidak sekuat pasukan Singapura, mereka semestinya akan beri cabaran yang hebat kepada mereka.

Fredo – AirAsia Saiyan

Fredo seperti rockstar tetapi dalam versi MPL. Fredo (Dengan selebih pasukan AirAsia Saiyan) mempunyai peminat yang besar di Malaysia dan skill mereka juga hebat juga. Mendapat tempat ke-4 pada playoff musim 1, di kira hebat.

Syno – GEEK FAM ICON

 

Syno telah buktikan dirinya bahawa dia adalah pemain yang hebat sepanjang musim liga, terutama sekali jika ambil Chou. Masalah besar ICON adalah kerjasama antara pasukan dan harap Syno boleh dapatkan sinergi dengan pasukannya yang sementara ini.

Penjahat – AirAsia Saiyan

Penjahat popular juga dengan permainan skill assasin. Jadi hati-hati dengan Fanny beliau kerana dia akan terbang di seluruh map.

Feekz – GEEK FAM MYSTIC

 

Feekz mempunyai KDA paling tinggi di musim liga, walaupun baru sahaja sertai pada pertengahan musim liga kerana dengan undang-undang pertandingan (Feekz dan 2ez4jepv terlibat di dalam isu kontroversi ini) Feekz juga adalah pemain yang sangat berharga pada GEEK FAM MYSTIC.

Soloz – AirAsia Saiyan

Pemain baru AirAsia Saiyan, Soloz telah bermain dengan mereka lebih dari 1 musim, kerana Soloz sertai AirAsia Saiyan selepas Musim 1 habis. Beliau bekerjasama dengan sangat baik walaupun merupakan ahli yang “baru”. Harap-harap Soloz dapat bekerjasama dengan pasukan Allstar ini juga.

Singapura

Di sebelah Singapura pula, EVOS adalah pasukan dominan di barisan pemain All-Star mereka.

Bambi – EVOS Esports SG

Bambi adalah pemain mage dan assasin dan pilihan hero yang terkuat adalah Gusion, dan mendapat MVP di minggu 4 dengan permainan yang baik pada Gusion dan Selena.

Ly4Ly4Ly4 – Bigetron SG

Ly4 adalah pemain kepada Bigetron dari musim 1 MPL dan dia adalah salah satu punca kemenangan di playoffs musim 1. Game baru-baru ini Ly4 sangat penting untuk survival pasukan mereka, dia menyelamatkan pasukannya dari terkeluar kerana prestasi yang teruk. Dia adalah marksman yang baik dan meta sekarang juga adalah menyebelahi marksmen.

 Soul – EVOS Esports SG

Soul adalah MVP minggu 2 dengan menggunakan Karrie dan mendapatkan Savage pertama di musim liga. Secara jujur Soul adalah pemain yang solid.

Aeon – Flash Tyrants

Dia adalah kapten Flash Tyrants dan pemain yang mempunyai skill dan adalah sebahagian pasukan berhadapan dengan Bigetron SG pada final musim pertama.

Kolia – EVOS Esports SG

Dia adalah pemain yang kuat juga dari EVOS. Kolia adalah pemain Tank/Support jadi bolehlah menyaksikan permainan yang baik kerana Kolia selalu menjaga pasukannya dan membolehkan mereka mendapatkan kemenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *