Musim Liga 2: MVP dan King of KDA!

Pada musim liga, kita lihat banyak perlawanan sengit, tetapi ini bukan sahaja tentang pasukan yang menang.

Beberapa pemain bermain dengan baik dan banyak menyumbang kemenangan kepada pasukan mereka, jadi kami juga ingin mengiktiraf pemain yang hebat, di mana kami memberi dua anugerah kepada pemain yang mempunyai prestasi yang baik.

Raja KDA

Raja KDA (Kill-Death-Assist) adalah…Aubi, daripada Flash Tyrants!

Aubi menunjukkan skill dan permainan yang baik di dalam Mobile Legends sepanjang Musim Liga 2 dengan mengakhiri jumlah KDA sebanyak 51/180/37.

Ya, jumlah assist yang sangat banyak.

Role Aubi adalah mage dan roamer, maksudnya Aubi banyak menolong pasukannya untuk gank lane lain dan set up kill daripada dirinya mendapatkan kill. Paling nampak adalah Selena Aubi yang banyak set up kill untuk pasukannya dengan menggunakan stun yang jauh dan burst damage yang tinggi.

MVP Musim Liga

MVP musim liga (dipilih oleh media dan pemain) adalah dari AirAsia Saiyan Soloz.

Soloz berhak anugerah MVP, kenapa? Ini adalah jawapannya:

1. Carry player yang baik

Soloz sanngat banyak menolong AirAsia Saiyan untuk teruskan dominan sepanjang musim 2 dan skill Soloz sebagai carry tidak boleh dinafikan. Soloz adalah orang ketiga paling tinggi mendapatkan kill di musim liga (Dominus dari GEEK FAM Mystic dan Bambi dari EVOS Esports SG adalah nombor #1 dan #2)

2. Senang menyesuaikan diri dengan pasukan

Soloz adalah bukan dari original AirAsia Saiyan yang mendapatkan tempat ke-4 di playoffs MPL MY/SG musim 1.

Pada musim 1, Soloz adalah sebahagian Mysterious Assassins (MyA) yang sekarang digelar sebagai Honor MyA. Selepas tamat S1, dia dan beberapa pemain dari MyA tinggalkan pasukan itu dengan beberapa sebab. Paling ketara selain daripada Soloz adalah 2ez4jepv, yang pergi menyertai Team Tamago dan kemudian GEEK FAM Mystic (dulu dikenali sebagai Mystic Burden)

Soloz pula menyertai AirAsia Saiyan selepas S1 telah tamat. Soloz menyesuaikan diri dengan baik sekali dan sekarang mereka berada di tempat 3 di dalam carta.

 

2 thoughts on “Musim Liga 2: MVP dan King of KDA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *