Musim 2 Minggu 6: Saya perlukan Hero!

Inilah perhatian hero terakhir untuk musim ini, bersama Claude, hero marksman menonjol yang dimain oleh Loong dari Saiyan reborn.

Claude ni terus terangnya terlebih kuat, dan sangat versatile solo dan juga dalam teamfights.

 

Jadi…apa yang membuatkan Claude kuat?

1) Boleh kejar dan melarikan diri dengan senang

Dengan menggunakan Skil 2, Claude boleh mewujudkan klon monyetnya yang dia boleh tukar tempat dengan Claude pada bila-bila masa, membolehkan dia mengejar musuh atau melarikan diri daripada situasi yang buruk. Skil 2 dia juga menembak musuhnya yang terdekat, yang membenarkan dia mendapat sumber ‘damage’ yang lebih.

2) Mencuri serangan dan kelajuan pergerakan

Dia adalah pencuri yang hebat, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa dia boleh mencuri dan gunakannya untuk kelebihannya, mengurangkan stat musuh sementara menguatkan diri.

3)  Ultimate shield + AOE Damage

‘Ultimate’ nya, membolehkan dia menggunakan ‘shield’ dan memberi ‘damage’ kepada musuh yang berdekatan dengannya, adalah sememangnya terlalu kuat…

Panduan Permainan

Emblems/Items

Claude selalunya menggunakan emblem set marksman, dan semua 3 bakat adalah berguna untuk dia, walaupun ‘Weapon Master’ dan ‘Weakness Finder’ adalah kepentingan yang tinggi.

Dari segi items, inilah build yang di cadangkan:

Demon Hunter Sword – Attack speed, lifesteal, dan bonus damage bertindak dengan bagus dengan passive dia (membolehkan dia double-attack menggunakan monyet-monyetnya)

Swift boots – Boot marksman yang standard untuk attack speed lebih

Windtalker – Autoattack yang melompat-lompat amat berkesan dengan passive dia dan attack speed yang tinggi

Blade of Despair – Dengan attack damage yang tinggi, item ini adalah harus beli

Golden Staff – Bukanlah item yang mandatori, tetapi memang berguna untuk hit musuh banyak kali dalam 1 shot sahaja

Item ke-6 adalah mengikut situasi, dan cadangan termasuk Rose Gold Meteor (mengelak burst damage) atau Wind of Nature (untuk menafikan attack musuh)

Permainan

Claude perlukan farm yang mencukupi untuk beli Demon Hunter Sword dengan laju, jadi jadi terlampau agresif sebelum mendapatnya, kerana basic attack range dia memang dekat sangat untuk marksman dan he tidak ada banyak damage pada peringkat awal.

Jangan selalu guna monyet untuk damage lebih, kekadang ia berguna untuk melarikan diri jika kena serang secara ramai-ramai, dan boleh digunakan untuk mengejar musuh.

Dalam teamfights, sentiasa ingat untuk menggunakan ultimate pada masa yang betul apabila musuh berkelompok bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *