MPL musim 2 Playoffs Hari pertama: Permulaan yang baik

Salam sejahtera kepada peminat Mobile Legends! Hari pertama musim 2 playoffs bermula dengan baik, dengan orang ramai berkumpul sebelum majlis bermula, mereka tidak sabar dengan perlawanan dan hadiah orang terawal datang.

Underdogs jatuh lebih jauh

Tyrants 2, Saiyan Reborn 0

Kita bermula perlawanan selepas makan tengah hari dengan Flash Tyrants vs Saiyan Reborn. Perlawanan tersebut jalan seperti yang kami jangkakan.

Pasukan Flash Tyrants sibuk bermain…

Reborn kalah teruk dengan kalah perlawanan pertama kepada Tyrants kerana tidak dapat beri tekanan di map dan dapatkan objektif. Mereka lawan dengan lebih kuat lagi pada perlawanan kedua. Mereka menang pada mulanya tapi itu tidak cukup kerana FT terus main secara konsisten dan teruskan kemaraan mereka sehingga menjatuhkan Reborn.

FT mempunyai kemenangan yang bersih dan mereka menunjukkan permainan yang baik dan boleh tukar strategi dengan cepat seperti Gord mereka (Sebelum ini tidak di ambil semasa musim liga) dan Valir (tidak ramai orang pick) semasa di draft perlawanan 1 dan 2

Hukuman Traitor

Traitor 0, GEEK FAM Mystic 2

GEEK FAM Mystic betul-betul musnahkan Traitor waktu ini walaupun kalah pada mereka semasa Hari Sukan Negara.

Pada hari pertama playoffs, Traitor bermain sangat teruk membuat banyak kesilapan dan keputusan yang teruk di teamfight, di mana beri Mystic kelebihan di kedua-dua perlawanan. Pada perlawanan pertama Traitor mendapat kelebihan dahulu tetapi mereka tidak dapat menghabiskan perlawanan tersebut dan membuat permainan yang bodoh, apabila perlawanan kedua di pegang sepenuhnya oleh Mystic.

Tambahan pemain yang baru Feekz sangat baik kepada Mystic, dan membawa skill yang baik kepada pasukannya.

Traitor semestinya kecewa dengan kekalahannya, seperti di sebut di dalam interview selepas perlawanan mereka sedar di dalam pertandingan anda boleh menang dan juga kalah.

Kekuatan Azam

EVOS Esports SG 2, GEEK FAM ICON 1

Perlawanan pertama antara EVOS Esports SG dan GEEK FAM ICON sangat lama sehingga mengambil 20+ minit dengan EVOS mendapat kelebihan pada awalnya tetapi buang begitu sahaja. Mereka di paksa untuk buat defend dan melengahkan perlawanan sehingga Claude mendapat item tetapi itu tidak cukup. ICON mendapat 4 Lord dan akhirnya kalahkan EVOS dengan sentiasa membuat push dan tekanan dengan kekuatan komposisi hero lategame.

Nasib ICON tidak begitu lama. Pada game 2 dan 3, EVOS ambil control dan membuat comeback. ICON mendapat serangan hebat daripada EVOS dan jatuh kerana mendapat tekanan dan kalah dua perlawanan selepas itu. Semasa interview selepas perlawanan, mereka memberitahu bahawa mereka kurang komunikasi, seperti yang dikatakan oleh Cometopapa, yang menjadi satu kelemahan besar mereka.

Perlawanan Gergasi

Bigetron SG 2, AirAsia Saiyan 1

Ini adalah klimax dan perlawanan yang ditunggu-tunggukan di perlawanan pertama, perlawanan ulan-balik, perlawanan yang sudah lama (Sejak musim 1) permusuhan sengit BTR dan ASYN. Perlawanan sebelum ini adalah perlawanan terakhir mereka di musim liga, di mana AirAsia Saiyan betul-betul teruk dan gagal untuk menggunakan peluang mereka untuk menang.

Mereka semua harapkan perlawanan mereka di playoffs boleh pergi baik tetapi harapan telah di salah letak.

Pada perlawanan pertama, ASYN kalah pada mulanya tetapi berjaya stabilkan pada pertengahan perlawanan. Malangnya, kesilapan bodah (Soloz di tangkap seorang, pasukan gagal dapatkan objektif etc.) di ketuai BTR menngambil balik kelebihan dan menang. ASYN menukar perlawanan kedua dengan Fredo (Hayabusa), Soloz (Helcurt) dan Penjahat(Alice) berjaya membuat perlawanan yang baik. Tetapi mereka jatuh ke perlawanan penentuan iaitu perlawanan ketiga. ASYN di sekat lagi dan gagal menggunakan kelebihan dengan baik memberi wQxD(Aldous) di beri masa untuk mendapat item ke lategame.

Dia musnahkan harapan ASYN.

Loser Bracket

Esok adalah hari pasukan yang kalah akan berentap satu sama lain di lower bracket, ini adalah perlawanan pada esok hari:

Saiyan Reborn vs Traitor

GEEK FAM ICON vs AirAsia Saiyan

Teruskan bersama eGG Network, atau datang ke Paradigm Mall, untuk lihat mereka dan perlawanan yang lain juga!

 

 

One thought on “MPL musim 2 Playoffs Hari pertama: Permulaan yang baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *