Musim Liga 2 MPL – MY/SG Minggu 2: Gergasi dan Pembunuh Gergasi

Selamat kembali ke imbasan mingguan musim liga 2

Jadi satu lagi minggu sudah lepas dan kita mempunyai banyak perlawanan yang menarik dan mempunyai perkembangan yang banyak. Ini adalah kedudukan dan imbasan video untuk anda lihat apa terjadi setakat ini.

Untuk di jadikan cerita pada minggu kedua kebanyakanya perlawanan antara pasukan gergasi dan pasukan baru juga ingin menunjukan diri mereka juga yang terbaik.

Gergasi yang dahulunya tidur sekarang bangkit

Selepas kekecewaan pada minggu pertama nampaknya EVOS SG telah bangkit dan membuat kejutan demi kejutan di minggu kedua. Akhirnya gergasi Singapura telah bangkit untuk musnahkan kesemuanya.

Pada minggu pertama mereka kalah teruk (0-2) dengan pasukan baru Traitor dari Malaysia.

Selepas belajar dari kesilapan mereka pada minggu itu, EVOS SG mulakan dengan musnahkan pasukan Singapura Flash Tyrants (Pasukan yang mendapat tempat kedua pada musim 1 MPL) selain itu mereka berjaya kalahkan We Own World dengan 2-0.

Mereka paparkan permainan yang terbaik dan dominan, pada perlawanan pertama berhadapan dengan WOW mereka musnahkan WOW dalam masa lima minit!

Ya betul 5 minit sahaja, memecah rekod perlawanan minggu lepas iaitu dibuat oleh AirAsia Saiyan vs Borneo Dragon FV dengan hanya 10 minit!

 

Pada perlawanan pertama menentang WOW, EVOS SG hanya berkumpul di lane atas dan hanya push untuk menang apabila mereka mempunyai peluang. Strategi yang berisiko tetapi membuahkan hasil.

Perlawanan antara Gergasi

Bercakap tentang pasukan gergasi mereka bukan sahaja terdapat di Singapura tetapi ada juga di Malaysia, pada minggu kedua kita dapat lihat satu perlawanan antara pasukan gergasi Malaysia iaitu Mystic Burden (MCB) dan AirAsia Saiyan (ASYN).

Ringkasan tentang imbasan keputusan pada MPL musim lepas di dalam playoff MCB dapat tempat ke-lima manakala ASYN dapat tempat ke-empat. MCB sebelum ini menukar pemain mereka di antara di pusingan pemilihan dan musim liga, jadi barisan pemain mereka sangat susah untuk jangkakan.

Selain itu kita juga dapat lihat perlawanan antara pasukan Malaysia vs pasukan Singapura iaitu Flash Tyrants (FT) vs MCB.

Flash Tyrants walaupun prestasi mereka bukan seperti musim lepas (Flash Tyrants berada di tengah carta sekarang ini), mereka berjaya musnahkan MCB 2-0.

Gergasi dan Pembunuh Gergasi

Jika kita mempunyai Gergasi semestinya kita perlu ada Pembunuh Gergasi!

Bigetron SG,  juara pada musim lepas, masih berada kondisi yang amat teruk. Prestasi mereka sangat mengecewakan dan mereka baru sahaja di kalahkan oleh Traitor 2-0.

Pada minggu kedua mereka, prestasi Bigetron sangatlah teruk. Walaupun pemain berbakat mereka Ly4ly4ly4 bermain masa itu tapi mereka masih tidak dapat mengubah nasib mereka.

Tumpuan Pemain dan Hero

Pemain

Seperti biasa kami mahu menceritakan pemain yang terbaik dan hero yang memberi impak pada minggu ini.

Pada minggu ini pemain yang perlu diberi tumpuan adalah Soul dari EVOS SG, kerana dia bermain sangat baik dan prestasi yang bagus apabila Soul memakai Karrie. Soul mengumpul banyak kill untuk pasukannya di dua perlawanan (Flash Tyrant dan We Own World) dan berjaya mendapatkan Savage.

 

Untuk rujukan anda di perlawanan 2 vs FT K/D/A Soul adalah 9/4/4 dan di perlawanan 2 vs WOW Soul K/D/A adalah 13/1/3.

Sangat hebat dan WOW.

Hero

Seperti apa yang telah diberitahu, Karrie adalah hero yang sangat berpengaruh pada minggu ini. Bukan sahaja EVOS SG memilih hero ini tetapi AirAsia Saiyan dan Mystic Burden juga memilih Karrie, tetapi yang paling berjaya memakai Karrie adalah EVOS SG. Karrie sangat kuat mengeluarkan damage yang tinggi dengan hanya pukulan biasa dan dia juga di kenali sebagai “anti-tank marksman”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *