Minggu Ketiga Musim liga 2 – Saya perlukan Hero!

Untuk minggu ketiga hero spotlight, kita akan fokus kepada Harley

Kenapa Harley?

Sebab Flash Tyrant Aeon bermain hero ini dengan baik sekali dengan mendapat MVP dan juga Maniac.

Kenapa Harley kuat?

1. Burst damage yang baik dan poke

Harley berfungsi baik dengan poke dan burst mage, mengikut bagaimana dia menggunakan ultinya. Dengan skill 1 yang boleh mengeluarkan kad magic mempunyai cooldown yang sekejap jadi anda boleh menggunakannya banyak sekali sebagai poke pasukan lawan.

Dengan ultimatenya yang boleh beri damage yang lebih dari jumlah damage yang diberi kepada pihak lawan. dan juga dia boleh matikan hero dengan cepat.

2. Mobiliti

Harley mempunyai Blink/Flicker pada skill 2, di mana boleh di gunakan untuk kembali tempat asalnya. jadi dia adalah hero yang sangat baik untuk keluar masuk dive atau juke pihak lawan dan lari dari pasukan musuh.

3.Ultimate menggalakkan pasukan menyertai perlawanan

Seperti saya beritahu, ultimate Harley dikira jumlah damage yang dibuat bukan sahaja damage Harley sahaja, jadi walaupun Harley bukan di posisinya untuk membuat damage pasukanya boleh membuat follow up untuk membuat kill mangsa Harley.

Permainan

Item dan Emblems

Aeon mencadangkan Harley menggunakan emblem Mage dengan fokuskan kelajuan dan magic penetration bersama dengan talent Impure Rage.

Ini untuk item pula:

Arcane Boots – sebab dia adalah Mage

Enchanted Talisman – Harley boleh guna skill dengan banyak sekali jadi mana regen sangat bagus untuk digunakan

Concentrated Energy – Seperti yang telah di beritahu Harley menggunakan banyak skill pertama untuk membuat kesemua damage.

Feather of Heaven – Harley pasif adalah beri bonus magic damage dengan serangannya dan ini gandingan baik dengan item ini dan juga tingkatkan lagi serangan untuk magic damage

Devil tears – ini untuk magic penetration

Winter Truncheon – Untuk menyelamatkan diri dari di tangkap dan anda tidak mempunyai skill 2 untuk lari

Cara bermain

Harley sentiasa fokus untuk mendapatkan level 4 dengan cepat kerana Harley mempunyai powerspike yang tinggi jika ultimatenya boleh dipakai. Jadi tamak selagi yang boleh dan hapuskan jungle dan creep lane untuk mengawal level dan kelebihan gold.

Sentiasa fokus ke kawasan belakang dan hero banyak keluarkan damage, menggunakan skill 2 untuk blink untuk melepasi barisan hadapan. Secara jujurnya jika anda mempunyai damage yang tinggi dan anda boleh cairkan melalui tanknya. itu ikut kepada anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *