Minggu Kelima Musim Liga 2: Yang Kuat dan Yang Lemah

Hello! Selamat datang ke imbasan mingguan musim liga 2.

Dalam imbasan menarik minggu ini terdapat keputusan yang beberapa dan tidak seberapa dijangka. Terdapat juga banyak permainan yang dimenangi dengan skor 2-0.

Ini adalah imbasan video dan kedudukan dalam minggu kelima.

 

Dalam kedudukan sekarang, EVOS, ASYN, Tyrants, dan Mystic telah mengutip mata yang mencukupi untuk menempah tempat mereka di dalam perlawanan penentuan. Kemungkinan besar Bigetron SG akan melepasi peringkat kumpulan juga. Kepada pasukan yang lain, kita perlu lihat bagaimana prestasi mereka dalam minggu keenam.

Memusnahkan yang Lemah

Dalam minggu ini terdapat banyak kemenangan 2-0, terutamanya perlawanan antara pasukan yang kuat dan pasukan yang ‘underdog’ atau lemah.

Dalam kalangan team Malaysia, perlawanan AirAsia Saiyan dan Traitor berakhir dengan keputusan 2-0 kepada ASYN. Traitor adalah pasukan yang masih baru lagi dalam pertandingan ini dikecualikan dengan kapten Hangus, iaitu bekas pemain MCB dan berada dia tangga yang di tengah liga musim ini secara konsisten. Manakala untuk pasukan ASYN, mereka telah mengakhiri di tangga keempat dalam perlawanan penentuan musim lepas, dan mereka adalah pasukan Malaysia yang paling kuat untuk musim kedua ini.

Traitor telah memberikan perlawanan yang bagus dalam minggu kelima tetapi ASYN terlampau kuat untuk Traitor hadapi. Walau bagaimanpun, Traitor tidak menjejaskan diri mereka sendiri kerana mereka berada di tangga kelima dan mempunyai 2 perlawanan lagi (menentang WOW dan BD FV, dua pasukan yang kurang kuat) untuk menempah tempat mereka di perlawan penentuan melainkan mereka hilang fokus.

Manakala, pasukan-pasukan Singapura mempunyai minggu yang senang dalam minggu kelima ini dengan memenangi kebanyakan perlawanan mereka dengan skor 2-0.

Flash Tyrants telah menentang dan memusnahkan Borneo Dragon FV, menunjukkan ‘tactic’ dan kerjasama yang efektif.

EVOS Esports SG pula lebih selesa, mengakhiri permainan pertama vs Geek Fam Mystic hanya dalam 9 minit! Mystic telah cuba yang terbaik dalam permainan kedua tetapi EVOS dengan senangnya meramal ‘counterpick’ dan strategi Mystic dengan memusnahkan mereka dengan kemenangan 2-0.

Bigetron pula, pemenang musim pertama, yang nampaknya lemah di musim kedua ini, hadapi cabaran yang sukar menentang We Own World tetapi berjaya juga memenangi perlawanan dan mengutip mata.

 

Memberikan Cabaran

Sudah tentunya ‘underdogs’ tidak akan mengalah dan kalah dalam liga ini, mereka melawan balik dan menunjukkan kekuatan mereka.

 

Ianya bukan senang untuk BTR mencabar BD FV, dan BD FV menang tipis sahaja untuk mengutip 1 mata dari BTR, tetapi BTR kembali menewaskan BD FV 1-2.

Saiyan Reborn pula mengejutkan kami dengan kemenangan permainan pertama vs Flash Tyrants. Tetapi nasib baik mereka tidak bertahan lama, FT muncul dan menewaskan Saiyan Reborn dalam 2 permainan seterusnya.

 

Diturunkan Takhta

Sementara itu, Geek Fam ICON telah menghadapi kekalahan yang memalukan oleh pasukan Geek Fam sendiri, Geek Fam Mystic.

Mystic dengan tiada belas kasihan, tidak memberi apa-apa peluang untuk ICON melawan balik dan telah menunjukkan pengalaman mereka dengan menewaskan pasukan ‘rookie’ ICON dengan skor 2-0.

Pengulas Ikuto telah pun kata, ICON mempunyai individu yang kuat tetapi kerjasama yang amat lemah, apabila pemain individu tidak dapat beraksi dengan bagus, pasukan terus akan berpecah belah.

Setelah kekalahan yang drastik itu, ICON sekarang berada di tangga keenam dan ia nampak teruk untuk mereka. Pada minggu hadapan, mereka akan menghadapi cabaran yang sukar, menentang 2 pasukan kuat dalam musim kedua, iaitu EVOS Esports SG dan AirAsia Saiyan.

 

Spotlight Pemain & Hero

MVP kami untuk minggu kelima ini adalah Lun dari Flash Tyrants.

 

Dia bermain beberapa hero dengan amat baik, termasuk Alice, Hanabi , dan Martis, membuatkan pasukan dia (Flash Tyrants) memenangi perlawanan mereka dengan senang

Hero Spotlight

Hanabi memberikan impak yang besar, terutamanya apabila dimain oleh Lun. Walaupun tidak mempunyai ‘damage’ yang tinggi pada dasarnya, ‘passive’ Hanabi membolehkan dia mengelak ‘crowd control’ dan serangan dia juga boleh melompat dari satu musuh ke yang lain semasa ‘teamfight’. Ultimate dia juga sangat berguna.

One thought on “Minggu Kelima Musim Liga 2: Yang Kuat dan Yang Lemah

  • September 25, 2018 at 12:17 am
    Permalink

    Evos pasti menang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *