Imbasan MPL MY/SG musim 2 minggu 4: Dendam

Selamat kembali imbasan mingguan 4. Kita sekarang di minggu-4, selepas 11 hari cuti pertengahan kami kembali dengan lebih aksi.

Ini adalah imbasan video dan carta musim liga!

 

Kejatuhan Saiyans

Nampaknya minggu ini tidak baik kepada adik-beradik Saiyan dengan kedua-dua pasukan kalah teruk. AirAsia Saiyan akhirnya dikalahkan selepas 5 winstreak, dan pasukan yang kalahkan adalah EVOS Esports SG.

 

Walau bagaimana pun ASYN masih dominan di dalam ranking dan kekalahan ini telah menjatuhkan mereka dari tempat pertama dan sekarang EVOS menduduki di atas. Adakah ini tanda pertukaran nasib?

 

Selain itu, pasukan adiknya Saiyan Reborn masih dalam keaadaan yang kurang baik dan telah dikalahkan dengan pasukan yang kurang baik juga iaitu We Own World. WOW sekarang boleh bernafas dengan senang untuk sekejap tetapi kepada Saiyan Reborn mereka telah jatuh kedudukan yang tidak menentu.

Bangkit Kembali

Manakala, Bigetron SG akhirnya memenangi satu perlawanan. Meta sekarang masih memihak ke marksmen dan ini sangat membantu kerana Ly4ly4ly4 adalah pemain star MM. Kemenangan mereka ke atas Saiyan Reborn bukanlah benda yang menggembirakan atau apa-apa, kerana Reborn memang kurang mencapai prestasi yang baik pada musim ni.

Tapi mereka masih di tempat ke-9, jadi BTR masih perlu bekerja keras untuk mereka menang 3 perlawanan terakhir. (Borneo Dragon FV, We Own World dan AirAsia Saiyan).

Kami boleh nampak mereka kemungkinan besar boleh kalahkan BD FV dan WOW tetapi ASYN adalah persaingan yang sengit.

Pertembungan Gergasi

Kami mempunyai perlawanan yang ditunggu-tunggu antara gergasi dari setiap negara, Geek Fam ICON dan Flash Tyrants. Mereka bertembung sangat sengit tetapi akhirnya Tyrants lebih dominan dan berjaya mendapat kemenangan 2-0.

Pengkhianat

Daripada perlawanan antara pasukan yang kuat, kami mempunyai perlawanan yang sangat menarik adakah pertarungan antara Geek Fam Mystic vs Traitor.

Kenapa?

Kerana Hangus dari Traitor adalah bekas pemain Mystic Burden (nama Geek Fam Mystic selepas rebrand), yang tinggalkan pasukan dan membuat pasukan Traitor. Pasukan Traitor pemain komposisi adalah Hangus dan beberapa pemain pasukan adik MCB skuad. Jadi nama mereka sangat sesuai dengan namanya “Traitor”, yg bermaksud pengkhianat dalam Bahasa Inggeris.

Nampaknya Geek Fam dapat balasan mereka dengan memenangi ke atas bekas pasukannya walaupun kemenangann tidak bersih.

Walaupun dengan kekalahan mereka dengan GFAM Mystic, Traitor masih buat dengan baik dan juga mengalahkan ICON 2-0 (Sepatutnya mereka adalah pasukan terbaik di Malaysia)

Spotlight

MVP Mingguan

Dan MVP mingguan kami adalah…Oh Deer Bambi daripada EVOS Esports SG!

Ini adalah kali kedua pada minggu ke-4, pemain EVOS telah mendapat MVP mingguan dan kita lihat kualiti pasukannya secara keseluruhan.

Oh Deer Bambi bermain sangat baik di kedua-dua perlawanan (AirAsia Saiyan dan Borneo Dragon FV) dan skillnya memakai Assassin hero sangat menakjubkan.

Bambi Selena yang membuatkannya MVP pada minggu ini tetapi kami telah membuat spotlight untuk Selena, jadi kita lihat Assassin hero Bambi selalu main iaitu, Gusion.

Hero Spotlight

Gusion adalah mobil assasin hero yang boleh dive dalam dan luar perlawanan, mengunci satu target dengan hanya membaling dagger dan terbang ke arah mereka untuk membuat damage. Gusion telah di nerf sedikit dan telah menjadi baik berbanding dahulu tetapi boleh menjadi kuat jika di main oleh orang yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *