Imbasan MPL MY/SG musim 2 minggu 6: Pengakhiran

Baiklah akhirnya musim liga telah tamat.

Minggu 6 telah tamat dengan menakjubkan dengan dua pasukan (saya akan beritahu anda sebentar lagi) telah di singkirkan dari dalam pertandingan ini dan selebihnya mengunci habuan mereka dan tempat di dalam playoff. Terdapat banyak benda yang terjadi yang tidak di sangkakan dan banyak permainan yang baik.

Ini adalah carta musim liga dan imbasan video.

 

Selamat Tinggal dan Selamat Malam

Borneo Dragon FV dan We Own World telah di singkirkan dari MPL – MY/SG Musim 2

Mereka bersama Saiyan Reborn (yang jatuh selepas musim rehat pertengahan) adalah antara pasukan yang mempunyai prestasi yang teruk di musim liga, sering jatuh di tempat yang berbahaya.

Pada mulanya minggu 6, kami masih tidak tahu antara 2 atau 3 pasukan akan di singkirkan tetapi salah satunya pasukan yang dijangka akan di singkirkan adalah Saiyan Reborn.

Pada akhirnya, BD FV dan WOW mereka kalah 0-2 pada perlawanan terakhir mereka (Menentang Traitor dan Flash Tyrants masing-masing) meninggalkan Saiyan Reborn pada tempat ke-8.

Yasuo (WOW) dan Adz (BD FV) meluahkan perasaan sedih tetapi mereka tetap untuk meneruskan perjuangan mereka dengan menyertai pertandingan lokal dan membuat latihan lebih banyak lagi dan akan cuba lagi selepas ini.

Di hujung tanduk

Bercakap pasal Saiyan Reborn mereka hampir di singkirkan di dalam carta dan berjaya melepaskan diri kedalam playoff dengan hanya 9 point (beza dengan #1 Flash Tyrants, yang mempunyai 20 point)

Pada minggu ke-6, Reborn kalah dengan Geek Fam Mystic 1-2 dan membuat kejutan dengan memenangi 2-0 menentang EVOS Esports SG. Dengan ini menolong mereka untuk melepaskan diri dari memusnahkan diri mereka seperti dua pasukan yang disingkirkan.

Memecah kemenangan

 

Selain itu di rank atas kami lihat beberapa keputusan perlawanan yang sangat menarik. Walaupun tiada pasukan yang akan disingkirkan tetapi pasukan yang berada di tempat teratas bermain secara habis-habisan.

Seperti saya beritahu, Saiyan Reborn bejaya mendapatkan 2-0 menentang EVOS yang mempunyai kemenangan berpanjang dari minggu 2. Ini adalah kekalahan kedua mereka mereka selepas kekalahan teruk pada minggu pertama di mana mereka masih mencari rentak mereka.

Dengan ini bersama EVOS kalah dengan ICON 1-2 yang menyingkirkan mereka dari tempat pertama dan di isi oleh Flash Tyrants.

 

Manakala, AirAsia Saiyan pasukan terkuat Malaysia juga telah di jatuhkan kerana mereka mendapat kekalahan kedua di musim liga (pertama adalah menentang EVOS pada minggu 4), kekalahan teruk menentang Bigetron SG adalah perlawanan yang dinanti-nantikan pada minggu 6 (dan mungkin keseluruh musim liga)

Pemain/Hero Spotlight

MVP

MVP pada minggu 6 adalah Loong, dari Saiyan Reborn. Beliau bermain dengan sangat baik dan membolehkan pasukan beliau memenangi EVOS, lalu berjaya menyelamatkan pasukannya dari disingkirkan. Terutamanya, Loong bermain dgn baik menggunakan Claude.

Hero Spotlight

Kita bertumpu pada Claude untuk minggu ini. Claude merupakan marksman yang sangat kuat dan susah ditangkap sambil mengeluarkan damage yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *