Musim liga 2 Minggu 1 MPL- MY/SG – Wahai Caster, siapakah yang paling terkuat sekali?

Wahai si caster yang cerdik, siapakah pasukan yang paling terkuat?

 

Selamat datang di MPL- MY/SG artikel mingguan tentang caster, kami mengambil info daripada mereka dan mengumpul pandangan mereka untuk perlawanan minggu lepas dan perlawanan akan datang.

 

Baiklah untuk imbasan tentang minggu lepas secara ringkas:

 

Khabar angin yang mengatakan pasukan Singapura sangat kuat adalah sangat mengecewakan, dengan pasukan seperti Bigetron SG dan EVOS Esports SG beri prestasi yang sangat lemah. Tyrants adalah satus-satunya pasukan SG yang lakukan dengan baik setakat ini. Manakala pasukan Malaysia pula pemain menunjukan cara permainan dan taktik yang baik berbanding musim lepas.

 

Ini adalah carta musim liga.

 

Marilah kita tengok apa kata caster.

 

Kurang persediaan dan prestasi yang lemah.

Satu persamaan yang dikatakan oleh caster adalah kekurangan persediaan di musim liga yang menyebabkan mereka jatuh. Kebanyakan adalah di tujukan kepada pasukan Singapura.

KBC Sensei sangat kecewa dengan prestasi mereka, KBC Sensei menjangkakan mereka akan senang mengalahkan pasukan Malaysia. Ini kerana mereka mempunyai  pemain Top Global dan pengalaman yang luas berbanding dengan pasukan lain. Dia mengharapkan mereka akan menpunyai prestasi yang baik di minggu 2 dan seterusnya.

KBC Sensei memberitahu terutamanya Bigetron SG, banyak melakukan kesalahan dan keputusan yang sering menjadi tanda tanya seperti tidak meletakkan Ly4ly4ly4 vs ICON dan memilih Nana (JasonKoh) sebagai pilihan hero yang terakhir daripada memilih tank seperti Akai dan Mino.

Ikuto,

Pseudo dan

Edwardo juga menyuarakan isu yang sama, mengatakan hanya beberapa pasukan membaca dan meneliti pihak lawan, meta dan etc, Berbanding dengan prestasi pasukan lain di MSC dan MSL yang lakukan lebih baik. Kebanyakan pasukan masih tidak sampai jangkaan mereka walaupun di tahap profesional .

Ikuto mengatakan kedua-dua Malaysia dan Singapura, pasukan masih lemah di awal perlawanan nak di bandingkan dengan tempat lain, mereka masih mengharapkan hero individual.

 

Bintang baru

Boleh tahan bagus kerana KBC Sensei sangat sukakan pasukan Malaysia seperti ICON, TRAITOR dan Saiyan Reborn yang aksi yang mengejutkan, terutama sekali ICON dengan 5 point mereka menempatkan diri sama dengan AirAsia Saiyan. 

Pemain ICON Syno sangan berbakat bermain hero Chou, Cometopapa dan Zhen berjaya menang menentang Bigetron SG , 2-0. Traitor sebagai pasukan baru juga menarik perhatian KBC Sensei dengan memenangi perlawanan pertama menentang EVOS Esport SG, dengan Hangus bermain hero Alice dengan baik dan tank kebanyakan damage dan masih boleh membunuh pihak lawan.

Edwardo nampak minggu 1 seperti pasukan Malaysia yang menyinari di minggu 1, setiap kali perlawanan MY vs SG hanya pasukan Malaysia sahaja yang akan menang. Pada pasukan Singapura masih ada masa untuk tingkatkan lagi prestasi mereka.

 

Ramalan

Ikuto meramalkan AirAsia Saiyan akan kekal di dalam carta liga dan Flash Tyrant akan ikuti mereka. ICON mungkin akan jatuh ke tengah carta liga bersama-sama Saiyan Reborn, Mystic Burden dan We Own World.

Yang paling bawah mungkin tidak akan banyak berubah. Borneo Dragon tidak akan tunjuk banyak lagi dan mungkin mereka akan di bawah liga seperti EVOS Esport SG dan Bigetron SG. Sangat terkejut bahawa dia meramalkan Traitor akan jatuh ke bawah juga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “Musim liga 2 Minggu 1 MPL- MY/SG – Wahai Caster, siapakah yang paling terkuat sekali?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *