Mari Kenali dengan pasukan anda: We Own World

Ini adalah artikel yang ketiga untuk pasukan yang layak ke pusingan liga. Hari ini mari kita fokus kepada We Own World, pro team daripada Malaysia yang memenangi tempat di pusingan Wildcard.

WOW ditubuh pada November 2017, dan bermula pada Mac 2018, dan mereka adalah pasukan baru.

Pemain mereka adalah seperti berikut:

  • Shanks (Captain)
  • Vinsmoke
  • Mihawk
  • Dragon
  • Xray
  • Luffy

Shank dan Vinsmoke adalah rakan sekolah dan berjumpa Dragon, Luffy dan Xray melalui bermain online.

Pasukan mereka berasal dari kebanyakan negeri Malaysia seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Klang. Mereka bermula bukanlah daripada satu pasukan untuk bermain secara profesional tetapi untuk menaikkan ranking mereka.

Kemudian Yasuo manager mereka meyertai pasukan mereka dan merasa pasukan ini boleh pergi lebih jauh dan Yasuo mengajak mereka untuk bermain secara kompetitif, itulah bagaimana mereka boleh sampai ke musim liga.

Bagaimana anda rasa selepas mendapat tempat di musim liga?

Pertama sekali syukur kepada Allah SWT.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong kami. Kami sangat terharu dan gembira kerana dapat menjadikan impian kami menjadi realiti. terima kasih kepada semua kerja keras dan doa akhirnya kami berjaya.

Apa yang pasukan anda harap akan capai musim ini?

Cabaran baru sahaja bermula kerana berhadapan dengan pasukan yang kuat. kami akan buat yang terbaik menjadi juara dan mengejutkan pasukan lain seperi pasukan NXL berjaya menang di MPL ID yang lepas.

Apa halangan atau cabaran yang anda hadapi?

Cabaran yang kami hadapi sangat lain dari sebelum ini. Sekarang kami ada penyokong dan juga “hater”. Saya rasa ini cabaran terbesar kerana berhadapan dengan pasukan yang kuat walau bagaimana pun berlawan dengan pasukan yang kuat membuat kami lebih matang dan maju di dalam perlawanan ini.

Apa rancangan anda selepas musim 2?

Kami akan bawa pasukan WOW lebih tinggi dan akan terus berjuang ke MPL musim 3 dan jugak pertandingan lain. Kami juga ingin menjadi wakil Malaysia di dalam perlawanan ini dan menjadi kebanggaan negara.

Apa-apa sahaja anda mahu beritahu peminat dan penonton?

Kami berharap semua penyokong untuk pasukan WOW dan MLBB Malaysia akan terus menyokong kuat walau apa pun pasukan yang anda sokong. Tetapi teruskan menyokong pasukan Malaysia, terutama sekali pasukan kami.

Apa pandangan anda tentang pasukan yang layak di musim liga dan pasukan mana yang di anggap bahaya?

Walaupun mereka Malaysia dan Singapura kesemuanya kuat. Kami pasukan dari tempat “wildcard”, kesemua pasukan akan memberi cabaran besar kepada kami dan juga perbezaan skill antara kami. Selain itu, Flash Tyrants adalah mentor kami dan rapat dengan pasukan mereka. Kami akan tetap berhubung walaupun kami berbeza negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *