Mari kenali dengan pasukan anda : Traitor

Kembali lagi sesi kenali pasukan anda, pada hari ini mari kita lihat pasukan Traitor.

Pada pendapat saya, nama dan logo mereka sangat sesuai dengan mereka kerana mereka semua adalah bekas pemain Mystic Burden dan juga pasukan keduanya. Memang Traitor mereka ini.

Pemain mereka adalah seperti berikut:

  • Hangus (Captain)
  • Eone
  • kecik
  • FISH
  • arrow
  • fayde

Hangus (bekas pemain MCB) dan Eone adalah adik-beradik (Eone adalah abang) dan selebih pasukan mereka adalah rakan dan jiran di taman mereka.

Bagaimana anda rasa selepas mendapat tempat di musim liga?

Secara terus-terang kami tidak jangka kami akan memasuki MPL musim 2, kerana banyak pasukan yang lebih kuat dari kami. Kami sangat gembira dan teruja kerana ini pengalaman baru menyertai pertandingan Mobile Legend.

 

Apa yang pasukan anda harap akan capai musim ini?

Semestinya kami mahu menang dan merasai pengalaman bermain di pentas perlawanan yang besar.

Apa halangan atau cabaran yang anda hadapi?

Kami menghadapi dengan pasukan yang mempunyai reputasi yang tinggi dan pengalaman yang luas dari kami.

Apa rancangan anda selepas musim 2?

Walau apa pun menang atau kalah kami akan tetap menyertai banyak pertandingan dan akan memperbaiki cara permainan kami dari segi individual atau berpasukan.

Apa-apa sahaja anda mahu beritahu peminat dan penonton?

Kepada semua penyokong dan peminat teruskan menyokong kami okay!

Apa pandangan anda tentang pasukan yang layak di musim liga dan pasukan mana yang di anggap bahaya?

Pasukan paling kuat semestinya pasukan yang memenangi MPL musim lepas (Bigetron SG)

Siapa pemain yang paling kuat?

Fredo daripada AirAsia Saiyans… Haha

One thought on “Mari kenali dengan pasukan anda : Traitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *