Mari kenali dengan pasukan anda : ICON

Kembali lagi kami sesi mengenali pasukan anda!

Pada hari ini mari kita kenali pasukan ICON.

Siapakah pasukan ICON?

Pasukan ICON adalah pasukan yang baru sahaja dibentuk pada April 2018, jadi mereka tidak mempunyai banyak latar belakang yang banyak.

ICON adalah pasukan dibentuk daripada pemain Malaysia yang hebat (itu kataya). Ini adalah pemain mereka pada masa ini:

  • ComeToPapa
  • Unta
  • Syno
  • Error
  • King Ketom
  • Zhen

Cometopapa,Unta dan Zhen adalah daripada pasukan Eksdi, manakala King Ketom daripada pasukan MYA JR, Error dan Syno pula daripada Saints MY.

Kami bercakap dengan manager, Mr Cocan (Jurucakap untuk musim liga dan playoffs). Ini adalah sedikit sebanyak apa yang dikatakan di sesi temeduga.

Bagaimana anda rasa selepas mendapat tempat di musim liga?

Kami sangat berpuas hati dan gembira kerana mendapat tempat di musim liga. Saya juga sangat berasa gemuruh kerana mendapat berjupa dengan pasukan yang hebat di musim liga dari Malaysia dan Singapura.

Apa yang pasukan anda harap akan capai musim ini?

Semestinya, misi kami untuk menjadi yang terbaik di pertandingan ini. Tidak lupa jugak kami ingin menjadi juara di dalam pertandingan ini.

Apa halangan atau cabaran yang anda hadapi?

Musim liga ini akan menjadi cabaran untuk kami atasi. Walau bagaimanapun kami akan melangkah ke depan sebagai satu pasukan.

Apa rancangan anda selepas musim 2?

Apa-apa pun yang terjadi kami akan teruskan bermain secara kompetitif dan melangkah depan bersama.

Apa-apa sahaja anda mahu beritahu peminat dan penonton?

Untuk kesemua orang jangan lupa untuk menyokong kami kerana kami akan berikan anda perlawanan yang hebat untuk anda semua!

apa pandangan anda tentang pasukan yang layak di musim liga dan pasukan mana yang di anggap bahaya?

Mereka pasukan yang hebat tetapi secara khususnya adalah pasukan Singapura.

Bagaimana dengan pemain yang bahaya?

Tiada siapa yang saya boleh katakan. Tetapi bagi saya kesemua pemain adalah hebat dan tidak sepatutnya endahkan kerana mereka berjaya untuk sampai di musim liga.



   	

2 thoughts on “Mari kenali dengan pasukan anda : ICON

    • August 3, 2018 at 4:10 pm
      Permalink

      Kerana banyak hero yang kuat dan skin terbaru yang selalu dikemaskini pada setiap bulan jugak membuatkan minat saya pada game mobile legend tidak pernah jemu. Dan jugak semakin hari skin hero mobile legend semakin berubah semakin kuat prestasinya.. Thanks

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *