IMBASAN PUSINGAN 1 MPL MY/SG musim 2

Pada hujung minggu yang lepas PUSINGAN 1 Malaysia untuk MPL MY/SG musim 2 telah dijalankan. Lebih daripada 500 pasukan telah bertarung dengan sengit untuk memasuki “Regular season” dan ini adalah langkah pertama untuk menjadi lagenda seterusnya. Selain itu mereka juga berebut untuk mencapai hadiah yang terkumpul sebanyak USD 100,000. Selepas sudah bertungkus lumus bertarung hanya dua pasukan berjaya mendapat tempat di “Regular season”.

Anda boleh tengok imbasan video klip perlawanan di sini!

Anda bole tengok jadual perlawanan pusingan 1 di sini!

Perlawanan 1: FV MYA VS Saiyan Reborn

 

Skor terakhir 0-2

Permainan 1

Kebanyakan hero yang versatil seperti Fanny dan Lancelot telah di-ban semasa fasa pemilihan hero, ini kerana kebolehan mereka untuk membuat impak yang besar dan senang melepas kan diri apabila diserang balas.

Komposisi hero pasukan Saiyan Reborn sangat “tanky” kerana mereka tidak memilih “marksman” tetapi memilih dua “tank” hero, manakala FV MYA telah memilih komposisi tradisional. Oleh itu, semasa awal permainan pasukan Saiyan Reborn mempunyai kebolehan untuk menjaga “carry” lebih baik kerana mereka boleh menahan “damage” dari pasukan lawan sesama awal permainan.

Walaupun FV MYA mendapat “First Blood”, mereka telah membuat banyak kesalahan di awal permainan dan telah gagal menggunakan komposisi tradisional pasukan sebaiknya. Kebanyakan masa Akai(dimainkan oleh D.Ace.FV) telah membuat langkah pertama dan menyerang Saiyan Reborn tetapi rakan pasukan dia gagal untuk membuat “follow-up” di dalam teamfight.

Akhirnya, pasukan Saiyan Reborn menghancurkan FV MYA dengan memusnahkan semua tower manakala FV MYA tidak berjaya musnahkan satu tower pun.

Saat yang menarik adalah semasa pasukan Saiyan Reborn memasuki towerdive di base FV MYA dan bijak membahagikan “damage” tower dengan sama rata di dalam pasukan.

Permainan 2

Semasa permainan 2 fasa “pick/ban”, kedua-dua pasukan memilih pick/ban hero yang lebih kurang sama dengan permainan 1 seperti Harley dan Grock. Tetapi hero itu telah dipilih oleh pasukan lawan sebelum ini. Pemilihan hero yang menarik adalah Karina(FV MYA) “assassin” yang dimain oleh Nina.FV.

Pada mulanya FV MYA telah mengawal permainan kerana pasukan Saiyan Reborn telah membuat sedikit kesilapan seperti selalu bermain solo berbanding main satu pasukan. Pasukan Saiyan Reborn ketinggalan dari segi gold dan kills dan Karina “burst damage” menjadi keadaan lebih teruk.

Tetapi Saiyan Reborn tidak mengaku kalah!

Semasa FV MYA ganking dan mencari hero kill, pasukan Saiyan Reborn cuba sikit demi sedikit mengambil objektif dengan mendapatkan tower FV MYA.

Pasukan Saiyan Reborn juga dapat mendapatkan Lord untuk melengahkan masa FV MYA untuk mencapai objektif.

Kemudian, pasukan Saiyan Reborn cuba untuk mendapatkan hero kill dan cuba mengawal balik permainan. Mereka memberi tekanan kepada FV MYA dengan cara memenangi teamfights dan tower dive secara tidak lansung menjadi punca pasukan Saiyan Reborn mendapat wipeout. Oleh itu Saiyan Reborn push mid lane untuk menghancurkan “alter” FV MYA.

Saiyan Reborn mendapat tempat di “Regular season” dengan kemenangan mereka 0-2 terhadap FV MYA.

Perlawanan 2: NoSurrenderElite vs Traitor

 

Skor final: 0-2

Permainan 1&2

 

Tidak seperti perlawanan 1 dimana pasukan Saiyan Reborn dan FV MYA mempunyai banyak aksi yang hebat dan comeback, perlawanan NoSurendderElite menentang Traitor sangat “simple” dan Traitor menang perlawanan ini dengan 2 berbalas 0.

Kebanyakan hero yang dipilih hampir sama dengan perlawanan 1 (Saiyan Reborn vs FV MYA) seperti Grock,Harley, Martis,Hayabusa, Akai dan lain-lain. Kemungkinan mereka memilih hero ini kerana hero ini kuat pada patch ini dan kuat semasa mid-game. Kemungkinan juga mereka pilih hero ini oleh disebabkan ingin meniru kemenangan pasukan sebelum ini. Hero ban jugak lebih kurang sama dengan perlawanan pertama dan Lancelot telah di ban sekali lagi.

Kedua-dua permainan, Traitor bermain secara agresif dan tidak memberi peluang pasukan NoSurrenderElite untuk bernafas, membuat serangan balas, atau “comeback”.

Perlawanan ini tidak dipengaruhi besar oleh kesilapan pemain atau kesilapan pasukan tetapi kebolehan sentiasa menyerang dan menunggu peluang yang ada untuk membalas serangan.

Malang sekali, pasukan NoSurrenderElite tidak dapat mencari peluang itu dan memberi kemenangan kepada Traitor.

Salah seorang pemain Traitor (Hangus) menarik perhatian kerana mempunyai kekuatan “playmaking skills” ditunjuk kan di dalam perlawanan ini. Hangus salah seorang pemain paling lama di dalam Team Saiyan yang asal. Kemudian, dia berpindah di pasukan Mystic Burden dan sekarang di pasukan Traitor.

Dengan kemenangan ini Traitor telah mendapat tempat di “Regular season”

Perlawanan Gangsa: NoSurrenderElite vs FV MYA

Skor terakhir: 0-2

 

Permainan 1

Seperti di perlawanan pertama FV MYA dan Saiyan Reborn, permainan ini sangat dipengaruhi kesalahan semasa di awal perlawanan.

Pada mulanya di fasa pick/ban hero dimana FV MYA telah memilih solo hero yang kuat seperti Gusion,Alpha, dan lain-lain. Mereka memberi tekanan kepada pasukan NoSurrenderElite untuk membalas hero pick FV MYA.

Pasukan NoSurrenderElite melakukan kesilapan besar dengan mencuba menceroboh jungle FV MYA di awal permainan. Mereka gagal dan memberi kills dan ruang kepada Gusion(lmao.FV) untuk “snowball”.

Di minit ke-5, Gusion sudah mendapat 6 kill (dan mengakhiri permainan itu dengan KDA 14/5/10).

NoSurrenderElite mencuba untuk melawan. Walaupun mereka mendapat mencuri Turtle dan Lord, pasukan NoSurrenderElite akhirnya tewas.

Permainan 2

FV MYA sangat proaktif di permainan 2. Semasa di awal permainan mereka memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan “rotation” dan bermain secara agresif.

Hayabusa(flint.FV) adalah paling penting di dalam strategi FV MYA untuk mencari “key target” hero di dalam permainan ini. KDA di akhir game ialah (8/1/4)

FV MYA bukan bermain dengan one-man show tetapi setiap pemain memberi sokongan untuk kill hero pihak lawan. Permainan 2 habis seperti permainan 1 dimana NoSurrenderElite di dalam tekanan dan gagal untuk mengawal permainan.

Walaupun FV MYA hanya menang di perlawanan gangsa mereka masih berpeluang untuk mendapat tempat di “Regular season”. Mereka akan berhadapan dengan pasukan yang memenangi di perlawanan gangsa Malaysia pusingan 2. Selamat berjuang kepada pasukan FV MYA!

Tahniah juga kepada pasukan Saiyan Reborn dan Traitor yang telah lepasi pusingan 1, dan kepada pasukan yang gagal di pusingan 1 jangan bersedih kerana anda mempunyai peluang kedua di pusingan 2.

Kami tidak sabar menunggu pusingan 2 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (29 Jun- 1 Julai). Jangan lupa untuk tengok di Facebook eGG kami akan share link di situ!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *